728 x 90

Friday, January 4, 2013

Tetamu baru rumah kami


haiyakk,
hari ini dah masuk 6hari rumah aida ade tetamu baru. aha, bukan tetamu yang datang pastu balik, ni tetamu yang datang tinggal terus tau. hehe, bukan 1 tapi 2.
ahad lepas baru jer pegi amik dekat afyf, photographer kitorang mase prewedding dulu.
tahu pon sebab die post gambar dekat fesbuk. pastu gatal tangan pergi komen nak.
terus die nak kasi sebab die ade banyak.

haaaa nak tahu ape siape tetamu tu.....???? jom tengok gambar kat bawah niiiii

nampak tak kat atas seat tu..belom ape2 lagi dah memanjat

alololo muke kesian sebab kena kurung..belajar behave dulu yer

hai, nama saya angelo, boleh panggil jelo
tuan saya berkenan dengan hero dalam Pangako sayo

saye pulak ichigo boleh panggil chigo
ini pulak sebab tengok citer strawbery cinta..hehe

Chomel tak mereka berdua ini. alamak, teringat pulak dekat my late miyu. 
sob sob sob..

aida dengan encik am memang suke giler-giler dengan kucing nih sebab mereka ni comel sangat. dulu pon dah penah bela kucing, ingat tak dekat miyu. tapi sayang die dah takde. jadi mereka ni pengganti miyu kami.
seronok bila ada kucing ni, bila balik keje penat-penat tengok gelagat diorang hilang stress.
bagi makan, bagi mandi, cuci rumah die dah jadi rutin seharian.
dan kalau aida tak tahan dengan bau poo poo mereka, jadi encik am lah yang akan menyetelkannya. hehe,
pandai tak pandai tak. nasib encik am oke.
nak bela kucing ni kena pandai manage. diorang pon macam kita. ada time makan, time tido, time nak main, nak uk uk. jadi kena faham bila mereka nak semua-semua tuh.
nak jaga kucing jugak kena ada kesabaran. macam jaga budak-budak kecik kan. hehe.

paling penting yang perlu ada nak bela kucing nih,
mesti ada rumah utuk diorang tido dan lepak-lepak,
pastu letaklah tilam ke kain alas untuk diorang tido, kucing ni suka suasana yang panas suam-suam kuku, janganlah biar je tido atas besi tu, sejuk, kesian diorang kan kan.
sediakan mangkuk makanan dengan air, pastu on time kena tambah makanan dan air. aida bagi diorang makan friskies. sedap diorang cakap. ahaha tipu.
selalu bagi air kosong jer, kalau bagi susu takut diorang chery bery pulak kang.
tak pasal-pasal kena cuci mak.

diorang pon kena mandi walaupon spesies diorang ni memang takut air. haha. macam kambing.
tak pasal -pasal kambing dapat nama. haa
so beli jugak shampoo khas untuk cat brands friskies gak.
biasanya kucing kalau uk uk kan atas tanah pastu diorang akan kambus tanah tu kan nak tutup poo poo diorang. so, kalau kat rumah flat mana nak carik tanah,
belilah pasir khas untuk diorang uk uk dan letak dalam satu bekas. aida lupa ape jenama pasir yang aida guna, lupa plak nak snap. jadi biler diorang nak uk uk diorang akan pergila kat bekas pasir tuh.
and then kite just cuci bekas tuh.
kitten ni macam budak-budak kecik yang keje nak main jer. jadi sediakanla bola ke hape ke untuk diorang
main-main.

emm, afyf ade cakap pasal nak mandulkan kucing ni memandangkan nak kawal bilangan mereka.
yelah, kalau dah beranak pinak sampai sepoloh sebelas kau sapa yang nak bela kan.
sanggup ker? kalau sanggup takapa.
kalau tak tu yang jumpe kucing kena buang, terbiar, bersepah kat merata-rata tempat.
ai dah macam kes orang buang bayi pulak, sleknye diorang ni binatang.
bukan kita nak ubah kejadian semulajadi tapi kite nak mengawal dari segi itulah. kesian kalau tengok yang terbiar kat tepi-tepi jalan tepi kedai,
dengan selekehnye, berkurap, aida pon tak sanggup, so uolls sanggup?

mungkin tunggu besar sikit baru nak bawak pergi veterinar untuk mandulkan mereka. ye ar satu jantan satu betina. japgi bila dah besar kan tak pasal-pasal ichigo bunting pulak. kes naya ni. hihi. gelak jahat.


emmm, apela yang diorang buat kat rumah tu yer. sekarang dah pandai memanjatla pulak, pastu nak turun takut. haha. risau mak dibuatnya.

xoxo.


kakak ecah masuk school


Salam jumaat,

hari dah hari ke-3 budak-budak dah naik school kan. kalau ada anak nih, dah tentu-tentunya minggu ni bizi setelkan hal school anak-anak. ye ar kalu diikutkan aida dengan encik am kawan dah masuk 8tahun, orang kate kalau kawen pon dah boleh anak sorang dah masuk school dah pon. ye tak ye jugak kan. aha, tapi problemnya, tahun lepas baru kawen, acanenye?

rabu lepas bila tengok tv ramai budak-budak yang baru darjah satu macam-macam gelagat. ada yang seronok, ada yang takut, ada yang nangis-nangis nak balik, haisssh macam-macam. teringat 19tahun lepas. wah lama tol zaman tuh dah berlalu kan. tak sedar diri dah tua. hik. mase mula-mula masuk darjah 1. eh, tapi aida relaks jer, mak ayah hantar pastu terus balik, adeh tak teman pon sampai petang. tapi aida cool jek.  giler belagak. tapi tensen dengan kawan sebelah yang asik nangis nangis nangis siap muntah bagai. eeuuww geli dol. last-last budak tuh balik tak datang-datang dah. tup tup tahu dah tukar sekolah dah. aaah sukahati kau lah. yang penting tidak menggangu konsenstrasi i yek. poyos.

so, minggu ni jugak. anak buah-buahan kesayangan aida, kakak ecah, dah masuk school. yoo. dah besar dah anak buah alang nih. they called me alang. sekejap je masa berlalu dah 7tahun kau ye ecah. dulu nih mase kecik-kecik alanglah yang jaga die. jadi babysitter sebab time die lahir, aida praktikal dekat upsi, tanjong malim dan tinggal rumah kakak. dan sebab tulah ecah ni manje giler dengan alang die nih. adelah jugak tempias-tempias aida melekat kat budak nih. ye ar, dengan gatainya, bukan gatai miang tuh ni ekzema, dengan suka jelir lidahnye, ternganga-nganga, sampai along cakap ikut perangai alanglah nih. haha, well.........


nama shaye farzana aisyah bt faizal,
boleh panggil shaye ecah, makcik ecah, kakak ecah, hee,
shaye dah masuk school dah darjah 1. shaye shuke pegi shekolah,
hari-hari shaye pegi shekolah. 

ini kawan-kawan shaye, yang kiri sekali alang tak tahu name die, yang tengah tu ecahla, 
dan yang kanan tuh damia, die duduk shebelah umah kiter je. chomel yer kamu pakai tudung.

Ini adik shaye, asraf, dengan papa shaye. alang panggil adik atherap. hehe,
adik pon shebok-shebok nak tengok buku kiter.

hmm..lame lagi ker kena tunggu cikgu. shaye dah penatlah menunggu,
bile boleh mashuk kelas nih, shaye dah tak sabar nak belajar. yeay.

ini kelas shaye, nampak tak shaye yang hujung sekali. 
cikgu letak shaye duduk bawah kipas sebab shaye tak tahan panas. 
nanti mesti shaye gatal dan akan menggaruk. 

waktu rehat, ecah dengan kawan-kawan mesti akan berkumpul dan makan shame-shame 
walaupon kami berlainan kelas. ya kami bff best friend forever hahaha. ecah bawak bekal yer sebab ecah tak boleh salah makan. mama yang buatkan bekal untuk ecah. sedap wooo.

Okey, entri bergambar diatas ditaip oleh ecah sendiri. ***ok tipu jer. he. chomel tak anak buah aida. ada iras-iras maklang die ni tak. ahahaha. chomel macam alang kecik-kecik dulu. ecah, alang tak sempat nak belikan hadiah untuk ecah. tunggu nanti alang balik kampung alang singgah umah ecah yer. okey, ingat ni pesan alang buat ecah, belajar rajin-rajin jangan malas-malas, dengar cakap cikgu jangan melawan, hormati cikgu, kalau tak faham tanya tau. ahaha macamlah alang ni sekolah dulu rajin bertanya, bila cikgu tanya semua faham, bila buat tak reti. haha.jadi anak yang baik. kalau dapat no.1 alang bagi adiah besar k. 

xoxo





Thursday, January 3, 2013

Welcome 2013..Goodbye 2012



Happy Nu Year 2013 to all friends here,
and say bye bye to 2012.
hee, sekejap je masa berlalu kan, 
pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru.
rasa macam baru je lagi kawen tahun 2012 dah masuk 2013.
means, dah 2tahunla kawen, ahaks padahal baru 7bulan and something kan. wow!
tahun 2012 meninggalkan banyak kenangan manis sebab hari yang paling bagi aida dan encik am pada 25052012.
tarikh keramat yang cantek dan akan ingat sampai ke mati. waaah, romantis gitu.
dan ade jugaklah plan dalam hati saja mau buat anak keluar pada tarikh tu jugak nanti 
tapi nampaknya belum sampai lagi turn aida agaknya. 
dan memandangkan my sister pon sedang memreggy aceh ape punya ayatla ko pakai,
haha my sister preggy 4bulan jadi aida bagi sis jalan dulu. aida meyusul kemudian yer.
hehe, baru semalam kena tarbiah dengan encik am dan arini insaf sedikit. 
encik am suh bebanyakkan bersabar dan istighfar. 
alhamdulilah arini aida kembali tenang. smileeeeee

Jadi sempena tahun baru ini, jadi banyaklah azam dan wawasan korang kan. 
ha, yang tahun lepas dah tercapai ke belom ma?
takpe-takpe yang penting korang tetap ade azam cuma berjaya dan tak berjaya je kan.
jadi teruskan usaha anda yer. chaiyuk.
tahun ni aida punya azam tak banyak..ahaha.
  • pertama-tama sekali aida nak cukupkan solat lima waktu dan kalau boleh nak solat awal waktu. ye ar, kadang-kadang subuh gajah gak aida nih. kuikuikui.
  • kedua-dua pulak, nak jadi isteri yang solehah dan taat pada suami. syurga seorang isteri kan di bawah tapak kaki suami. redha Allah pada isteri juga terletak pada redha suami pada si isteri. 
  • ketiga-tiga kalau diizinkan tuhan, kalau dah sampai masa dan rezeki kami, insyaAllah nak buat anak satu team pasukan bola sepak mesia. hehe. moga-moga Allah mendengar niat dan harapan hati ini sewaktu menaip entry nih. please kawan-kawan doakan aida yer.
  • keempat, nak jadi anak yang soleh solehah jugak, walaupon dah kawen tanggungjawab pada mak ayah tetap tak lupa. masih anak mak ayah kan kan. uuwwaa rindu mak ayah walaupon abru minggu lepas balik kampungku. ahhhhh.
  • kelima, laksanakan tanggungjawab mencari rezeki membantu suami dengan lebih baik, biar duit gaji lebih berkat dan halal. 


tak banyak tapi biarlah aida dapat capai azam ini dulu. insyaAllah akan berusaha menjadi lebih baik. Amin.