728 x 90

Monday, December 17, 2012

Cara mengatasi masalah kulat pada perabot


Assalamualaikum,

dah beberapa hari rasa geram jer bila tengok kaki meja solek kat rumah tu berkulat.
padahal rasa baru haritu je lap dengan kain basah. uuwwaa.
sayang tu kat perabot dalam rumah. bukan dekat meja solek je, kat tepi katil, dalam almari dengan kabinet dapur sekali kau tumbuh yer kulat. memang dasar kulat betulla. ngee.
memang kalau tengok boleh buat kau histeria duapuluhtiga jam. geram seh!

aida memang tak tahu nak buat apa dah dengan kulat tuh.
lembap sangat ke tempat-tempat tuh. tapi masalahnya bukan semua tempat dia tumbuh.
nah tengok kat part mana yang die rajin sangat menetap tuh.


dalam almari 

gambar tak berapa clear

dekat keliling drawer

banyak tau tumbuh..geli pon hado


then, sebab terlalu bengang, eceece dengan kulat pon nak bengang. haha, ape lagi terus mengoggle kat pak cik google tanya macam mane nak atasi masalah ini. Nah, ni ha jawapan yang aida dapat:

1. lap dengan kain tak berapa basah
2. lap dengan minyak baby macam minyak johnson ke minyak ape jelah yang ada kat rumah tuh
3. letaklah bluehippo kat dalam almari korang tuh untuk menyerap lembapan
4. guna furniture polish untuk memolishkan balik perabot anda..haha
5. jemur pada cahaya ataupun berikan pencahayaan/pengudaraan yang cukup
lagi....emmmmmm entahlah itu je yang dapat, kalau nak tahu lagi pergi google lagi okey..

okey, kebetulan semalam pergi shoppin sikit barang rumah 
terjumpa ini. mulah saja ma hanya rm3.50.
janji boleh membunuh kulat-kulapuk itu.haiyakkk

xoxo.


Thursday, December 6, 2012

Thanks My Clean And Clear


Weehuu,

semalam iolls balik lambat sebab keje lebih mase sikit almaklumla pekerja terajin. rajinla sangat padahal berperang nak siapkan skt dengan lnpt tuh. haiyoo. tiba-tiba dapat call dari encik am yang baru sampai rumah. perbualannya seperti di bawah:

encik am  : mama, balik lambat ke? ot?
aida         : em lambat sikit. kejap lagi nak balikla nih.
encik am : jangan balik lambat sangat.
aida        : okey. nak balik dah japgi.
encik am : ni ha, ade orang hantar bungkusan ni?
aida        : ha, bungkusan apa? abang amik dalam post box ke?
encik am : entah, letak depan rumah.
iolls pon dah suspen time nih.
aida       : besar ke kecik?
encik am: besar.
aida       : em??? takpela balik nanti mama tengok.
encik am: OK.

dalam hati dah ada taman sebab dah terbayang hadiah. tapi kejap-kejap dalam hutan pulak sebab fikir siapa yang hantar, betol ke hadiah. iolls biarkan fikiran sampai disitu dan menyambung tahip skt yang ntah hape ntah line kejap oke kejap tak. hampessss.

lepas tuh, terus pecut balik rumah, kang balik lambat-lambat takut nak naik parking atas bukit tuh gelap-gelap. soram den. hehehehe..sampai-sampai rumah terus nampak parcel atas meja. tengok-tengok dari Johnson&Johnson rupanya. lantas teringatkan peraduan dalam fesbuk My Clean and Clear yang iolls join haritu. kikiki, my luck. okey, inilah hadiahnya. walaupon biasa sahaja tapi keterujaan dapat hadiah ni seronoooooot yang amat. xoxo.

hokey, pemalas nak rotate dulu (bukti dapat parcel)

Tara..beshhh dapat hadiah. soalan yang aida jawab haritu ialah
"Apakah fungsi pencuci muka di atas"
Thats all.

XOXO (pssst..tiru dian dalam citer istanbul aku datang..haha)



Wednesday, December 5, 2012

Stresssss


ahahaha..banyakkan 's' menunjukkan betapa banyakkan stress dalam otak nih.
adoi..yaAllah, kuatkanlah kuatkanlah hambaMu ini.
sekali tiba-tiba teringat kenangan pahit lalu,
yang tiba-tiba menyingkap di tirai fikiran,
lalu dada iolls berombak-ombak tsunami yang kuat,
nafas sesak dan tersekat dikerongkong seperti bottleneck,
makanan yang dimakan tengah hari tadi seolah-olah terlekat di esofagus,
dalam helaan nafas ditarik dan dihembus,
seolah-olah mahu memuntahkan balik nasi ayam dari peguam tadi.

iolls istighfar banyak-banyak,
sempat lagi mengtext suami sebaris dua kata,
menghantar mesej geram dan marah berbaur benci,
duduk sekejap di depan komputerku di partition,
mengucap akan kecelaruan otak sebentar tadi,
mujur suami memahami diri,
lantas iolls terdiam dikerusi.

melangkah lesu ke surau menunai tanggungjawab,
yang kadang-kadang alpa dan leka dibuai masa,
sedar akan kesalahan diri,
mengapa dikenang kisah lama,
diungkit cerita silam,
terimalah takdir yang telah ditetapkan,
bukalah lembaran baru dalam hidupmu,
tutup buku kisah itu,
dan teruslah bersenyum,
ingatlah Allah masih ada disisimu.
Amin.

syukur tuhan masih menyedarkan diri ini.

p/s: dulu memang minat giler tulis puisi, puitis-puitis nih. ahaha. layan jela. xoxo.