728 x 90

Monday, October 15, 2012

Hati yang berharap

Assalamualaikum,

setiap orang yang dah kahwin mesti teringin untuk ada anak sendiri kan.
even masa sebelum kahwin pon mesti korang pernah berangan-angan bercerita-cerita dengan 
pakwe, bf, tunang ke kawan korang kan pasal nak ada anak sendiri
tapi perasaan itu pasti membuak-buak bila dah kahwin. 
tipulah kalau ada yang tak rasa. 
dan aida pon salah seorang mangsa keadaan itu. ceewaahh. nak sedapkan hati sendiri.
sebab now aida memang dah masuk kategori tersangat-sangat dah. 

now, dah hampir lima bulan. kawan yang kahwin bulan yang sama dengan aida pon dah pregnant.
each time jumpe die mesti perasaan jelaous tu menebal sangat seperti dinding uterus yang menebal waktu nak period. tiap-tiap bulan kalau miss period 2 3 hari je mesti dah beria nak test upt.
tapi aida rasa dekat 5-6 kali jugaklah buat pregnant test semuanya negative. termasuklah minggu lepas
sebab aida dah miss period seminggu lebih.
bayangkan perasaan bila tengok upt tu negative. hanya tuhan saja yang tahu.

alhamdulilah, sebab ada husband yang memahami diri ini. husband "cakap baru lagi, takpe kita usaha lagi.
insyaAllah ada rezeki kita, belum sampai masa" macam-macamla. aku faham perasaan husband tapi husband hati suami tak selembut hati perempuan. hati nak menjadi seorang ibu. tapi tak salahkan sesiapa. terima kasih sebab memahami dan menjadi penyejuk hati. actually bukanlah terlalu berharap sangat cuma naluri melonjak-lonjak bila tengok semua officemates yang kahwin tahun semuanya dah berbadan dua. tapi aida? cemburu.
kawan-kawan jugak banyak bagi support. betul cakap mereka, aida masih baru. masa untuk honeymoon lagi. 

actually, aida sendiri sedar masalah apa yang aku hadapi. dan benda ini dari sebelum kahwin lagi aida dah takut. risau. dan macam-macamlah perasaan tuh. masalah utama aida ialah period yang irregular. 
bukan yang jenis datang tapi lambat sehari dua atau cepat sehari dua. bukan.
period aida jenis yang menentu. ikut suka nak datang bila. tahun ni saja bape kali saje boleh kira.
sebelum kahwin dari bulan 1 sampai bulan 5, mana datang period.
dahtu macam mana nak kira waktu subur, waktu ovulasi, nak plan pregnant dan tak nak pregnant.
susah kan..

selepas kahwin, dua bulan datang pulak period. jadi aida anggap period dah okey.
sebab ramai orang cakap, bila dah kahwin mungkin period akan teratur sebab dah bercampur hormon and maybe hormon lebih stabil dari sebelum kahwin. mula dah kira bahagia la jugak sebab boleh kira timing nak planning pon. dua bulan datang cuma beza lewat sehari je. 
and then bulan ke3 aisehh die malas datang pulak doh. he. ate macam mane? bulan ke4 die datang and now bulan ni die segan pulak. heh. die tu merujuk kepada period oke. kekeke.
i believe ramai yang kat luar sana yang senasib dengan i, and maybe ada yang lagi kesian dari i. who never know, right?



Friday, October 12, 2012

Nikah Attire


Assalam,

semalam dah citer sikit pasal akad nikah kan..
oke nak tunjuk dengan lebih dekat baju nikah aida.

simple kan..

nampak tak bunga dekat layer baju tuh..
aida modified sikit bagi ada kaler pink jugak..hehe..




Thursday, October 11, 2012

The Solemnization :25052012


Assalam girls,,,

Harini tak banyak keje, jadik aida rajin nak update entri pasal wedding aida.
memandangkan gambar pon dah ada jadi best sikit nak review kan..kan..kan..
Aida dan encik am dinikahkan selepas asar di Surau Taman Perpaduan.
dah kebiasaan macamtuh jugak kakak-kakak aida. lagipon rumah pon tengah bersepah
sibuk masak berkemas menyusun bagai la.
kebetulan pulak masa tu, ada 2 lagi pasangan yang akan dinikahkan oleh tok kadi yang sama,
jadi aida anggap kami nikah selonggokla senang sikit keje tok kadi tuh. he. jom kite terjah.yahhhhhh.

nampak tak ada tiga couple pengantin disitu..hee..
actually one of them is my old school's friend
nikah selonggok namanya.


Handbouquet by Tepak Sireh skrg dah tukar nama Renjis Sehari
Inai by Adamia Henna


Batal air sembahyang. suami bagi cincin.
tengok tuh 3 anak buah chomel yang penyebok..hehe..

Nikah Attire
Groom - kain beli di Nagoya dan upah pada tailor di kl
Bride - Tepak Sireh Bridal
Makeup - Noliey D'touch
Veil - Radiusite

Gambar penuh baju nikah aida.
simple kan tapi ini lah design yang aida mintak diorang buatkan.
inspired by majalah pengantin.
perasan tak ada bunga-bunga kat baju tuh, 
yeah bought it from kawaii-shop..


okbai!