728 x 90

Thursday, October 11, 2012

The Solemnization :25052012


Assalam girls,,,

Harini tak banyak keje, jadik aida rajin nak update entri pasal wedding aida.
memandangkan gambar pon dah ada jadi best sikit nak review kan..kan..kan..
Aida dan encik am dinikahkan selepas asar di Surau Taman Perpaduan.
dah kebiasaan macamtuh jugak kakak-kakak aida. lagipon rumah pon tengah bersepah
sibuk masak berkemas menyusun bagai la.
kebetulan pulak masa tu, ada 2 lagi pasangan yang akan dinikahkan oleh tok kadi yang sama,
jadi aida anggap kami nikah selonggokla senang sikit keje tok kadi tuh. he. jom kite terjah.yahhhhhh.

nampak tak ada tiga couple pengantin disitu..hee..
actually one of them is my old school's friend
nikah selonggok namanya.


Handbouquet by Tepak Sireh skrg dah tukar nama Renjis Sehari
Inai by Adamia Henna


Batal air sembahyang. suami bagi cincin.
tengok tuh 3 anak buah chomel yang penyebok..hehe..

Nikah Attire
Groom - kain beli di Nagoya dan upah pada tailor di kl
Bride - Tepak Sireh Bridal
Makeup - Noliey D'touch
Veil - Radiusite

Gambar penuh baju nikah aida.
simple kan tapi ini lah design yang aida mintak diorang buatkan.
inspired by majalah pengantin.
perasan tak ada bunga-bunga kat baju tuh, 
yeah bought it from kawaii-shop..


okbai!


Wednesday, October 10, 2012

Baru belajar menulis agaknya?@#%$&*%

Assalamualaikum,

semalam balik je keje, dengan badan letih, hari nak hujan lagi
tak pasal-pasal buat hati ini geram sangat-sangat.
mana taknya, terkezut monyet aida kat parking tuh tengok my kitty kena conteng.

uik, ada budak tadika ke kat sini? pelikss.
dahla, siap tulis b*d*h lagi. pandai sangat ker orang tuh. hak tuiiiiii.
tapi hati dah panas dah masa tuh, tengok around takde orang nak suspect.
ahahaha..part ni yang paling suka ni bila nak investigate. mulalah berangan macam detective conan. jeng..jeng..jeng..
haaaaaaa. alih-alih, takde suspect, huuu. so sad.

terus call encik am mengadu. nasib encik am tak balik lagi sebab hujan. encik am sekarang berulang keje naik moto. jadi kalu die dah gerak sah-sah die tak angkat call. hu, mengadulah apa lagi. habis call encik am call pulak akak faizah mengadu. ingatkan die masih ada kat parking nak tunjuklah hasil lukisan* yang cantik tuh. rupanya dah kat trafic light dah.

sempat juga amik nombor plat kete yang berkaitan untuk dijadikan suspect. ngee. memandai jer.

yang menjadi kekonpiusannye, mengapa, kenapa, sape?

adoiii, tak pasal-pasal kitty ku telah dicederakan mereka yang tidak berperikemanusiaan.,
kalu nak kata aida block kete orang, em..aida cuma block cik ijan je. lagi pon memang tiap-tiap hari aida parking situ. hai lah manusia. macam-macam. kalu ye sekali pon aida menganggu jalan die, calla, kan sampai tiga nombor aida letak kat situ. takkan satu pon tak dapat kot. ke takde kredit. ahaha.

okelah, malas nak marah-marah, redha jela bak kate encik am. nanti tuhan balas balik pada orang itu. Ingat
Allah itu Maha Adil.


pintu belah driver

pintu belakang

bahagian belakang

KESIAN MY KITTY. NANTI KITE PEGI KLINIK YE.


Monday, October 8, 2012

Ahad yang spoil..hehe..


Salam,

weekend yang lepas, tiada plan shoppin tiada plan beli barang tiada plan survey.
sebab rasanya macam dah takde apa nak dibeli nak ditambah pada rumah.
seem semuanya macam dah cukup.
food stock nampak macam tak jalan pon ada. diet ke dua-dua orang. tapi dua-dua
maintain demok. ahak. sedang berjinak-jinak kurangkan makan. tapi makanan merapu tetap
menjadi pujaan hati such as nugget tempura tu memang kena ada dalam freeze tu. mahunya pukol10
encik am nak kudap-kudap, itu jelah sasarannya. senang kan.

okey, berbalik cerita pagi ahad yang spoil mpoilla, pagi-pagi jer dah jari kena hiris dengan pisau.
mana taknya, main suka hati je mengenggam kutleri yang ade dalam dish dryer tanpa melihat apa yang ada. zaaaap, terhiris jari barulah terasa sakitnya. amik kau. tula, bukan nak tengok dulu.
berlari-lari anak amik tisu tunjuk dekat encik am. hahahaha.

kemudian sambung balik kerja-kerja dapur. ngeee. almaklumlah tukang masak encik am yang merangkap chef ala-ala masterchef tuh. he, punyalah semangat masak sementara encik am tidur-tiduran. panaskan kuali je nak goreng ubi kentang, tak pasal-pasal bila masukkan ubi minyak mercik. kalu setitik tu dah biasa dah kena. ni amik kau banyak kot. melecur tuh.

pedih siot..!! terus basuh dengan air dan buat-buat rilek macam tak ada apa-apa. pelik, boleh tak rasa apa-apa
sampailah encik am bangun terus sakit tuh datang. ahaha, mungkin panik, tak tahu nak buat apa.
 terus tunjuk kat encik am. encik am cakap macam mana boleh kena. terus dia sapukan dengan minyak gamat.
tapi sebelum tuh sebenarnya, aida dah sapu dengan garam. ngeee..tu pon tepon mak.

jari-jari yang telah disapu minyak gamat

okey nampak tak dah lebam-lebam itu.


Sekian, berhati-hatilah ketika berada didapur.