728 x 90

Monday, September 3, 2012

Beraya rumah mentua

Assalamualaikum,

okey orang lain dah buat entry pasal merdeka, aku baru nak update pasal raya rumah mertua ku..
eh mentua ke mertua yek? yang mana satu ni, aku main belasah je janji bunyi nak dekat sama. tett.
aku dan encik am balik ke rumah mak abahnya hari ke-2 raya, iaitu hari isnin. tu pon dah petang-petang
sikit baru bertolak.

actually, aku dan beras-beras ku ( betol ke ek ipar panggil biras), ape-ape jelah, kakak ipar aku yang 2orang tuh yang comel-comel belaka beserta aku tidak termasuk lagi sorang kakak ipar di Penang telah merancangkan untuk membuat makan-makan raya ke-3. jadi aku telah mengvolunteerkan diri untuk membuat bihun sup yang kemudian berubah hati nak buat soto pulak dah. amek kau. yong akak kakak sulung encik am offer diri buat sate dan kakchik akak kakak no3 encik am pulak buat kuah kacang.
dengan itu, menu akulah yang paling renyah dengan bahan-bahannya. pulstop. sape suruh pandai-pandai sangat tunjuk pandai masak. huhuhu.

then, pukul3 baru bertolak dari rumah mak menuju ke kampung halaman encik am yang jauhnya takdela sekangkang kera mahu lebih kurang sejam jugakla. naseb sekampung kan sayang. so, sebelum sampai kami pon menyinggahla di Kuala Kangsar bandar diraja tempat kami dating-dating dulu time study. ahaha.
tujuannya adalah membeli perkakasan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat soto termasuk jugak barang untuk membuat sate dan kuah kacang. kami ni tukang beli je.

petang tu, bila yong dah sampai kami pon mula bekerja keras memotong isi-isi ayam untuk membuat sate..
wah, tererla yong buat sate. first time ni buat sate. then sampai ke malam kami siapkan isi ayam untuk diperam. sempat jugak buat siap-siap rebus nasi himpit dan buat kuah sup. esok kite panaskan aje. dan esoknya pagi-pagi lagi dah bangun untuk mencucuk sate. waa mengantok lagi nok.

tengah hari semua bahan-bahan dah siap, encik am dan abahnye amik tugas pulak membakar sate. hahaha, sate ade masin sikitlah yong. tapi takpe bedal je. aku tak sempat nak amik gambar menu hidangan yang kami siapkan sebab bateri kamera kong. woi spoil betolla. seronok rasanya, bila aku dah semakin dekat dengan family mertua. eceh, walaupon dah kenal lebih 6tahun tapi seganla jugak kan. tapi aku tetap bersyukur sebab family encik am memang baik sangat dengan aku. jadi aku tak kekok dengan mereka. hee...



abah ku..

yong, abg midi (husband kakchik) dan abah tengah berasap-asap

uikss siapakah gerangan yang nampak kurus dari tepi ini.

adik ( adik encik am yang bongsu) dan una (anak kakchik yang sulung).

tengok encik am usha sate geram jer..ahaks..

tadaa..inilah hasil tangan aku dan yong.

mak yong dan anin (adik kepada una)

tengok una yang kusyuk tengok tb..

una dan acu pink nya..

kakchik dan abg midi

ahahaa..ini anak buah encik am yang gamat rumah dibuatnya..
dari kanan : adik, una, amar dan sha

bergambar sebelum balik..(alamak abah suh cuci la) adoi..

family abg fariq (abang no2 encik am)

family kakchik

family aku..kenapa watak berdua ini sangat chumelll?? konpius

family abah dan yong keseorangan 
abg azhar (husband yong) dah balik awal-awal lagi..


Alhamdulilah, terima kasih Allah kerana mengurniakan aku sebuah lagi keluarga. sangat happy with them. hope kite keluarga selamanya. Amin.





Tuesday, August 28, 2012

Syawal 2012


Salam,
salam 10 Syawal, dah raya ke-10 dah. kejap je kan masa berlalu. pejam celik pejam celik jangan tak celik-celik sudah. ngee. arini baru tergerak hati nak puasa. ingat nak puasa 6 macam selalu tapi kena ganti puasa dulu la ye. nasib tinggal sehari je. ekeke, tengok orangla kawan. adess nak buat macam mana, period tak datangla bulan ni. pecah rekodlah sebab dah 3tahun period tak datang. yang tinggal sehari ni pon sebab dah nak pengsan sangat-sangat dah. jadi untuk tidak memudharatkan diri, aku pon bukak la puasanya ye. ^ - ^.

dah berhari baru hari ini jugakla nak citer pasal riang ria raya 2012. yela, tahun pertama beraya sebagai suami isteri. tahun pertama jugak beraya dengan dua keluarga. untuk pengetahuan semualah kan, tahun ini aku berjaya balik beraya rumah aku dulu. yeay, menang tanpa bertanding. ekeke, tu pon sebab family mertuaku balik beraya di kampung dulu. kalu tak jangan haraplah. fuuuhhhhh. oleh sebab encik am aka suamiku dapat cuti 2hari saja jadi kami dah buat calculation berapa hari dirumah dia dan berapa hari dirumah aku. so jumaat malam kami balik  ke rumah aku dulu sampailah ke petang isnin baru bertolak kerumah dia. isnin sampai rabu petang di rumah dia dan cabut balik dan sempat lagi singgah rumah mak aku. itulah untung rumah mak kat tengah-tengah. mak, tak puas cuti you! oleh kerana tersayangkan suami dan terkesiankan suami, aku menuruti jua. cehhh ayat pasrah.....

Jom layan gambar raya kami....


mommy and daddy tahun ni tema purple

my sister, amira and my nenek

aku dan encik am

we love u daddy

adik aku yang masham

encik am yang sibuk main games di hari raya

gangster taiping mali

aku sayang mak aku

mie budak bucuk dan my sister, hanie

family my sis, tak cukup sorang lagi hilang tak dapat dikesan

bergambar depan rumah dikala petang emak pon 
sudah menukar baju memakai kain batik sahaja

aku, mak aku dan mak dia..hehe

this my two big brother.dua-dua sudah gemokssss

Ahahaha, tahun ini takde gambar beramai-ramai ye, pasal semua sibuk hal masing-masing kehulu kehilir dengan ketupat lemang dan rendang. haha. 

Oke yang tiada dalam gambar : family along aku yang balik beraya di alor setar dan adik laki aku, amin yang lesap entah kemana selepas mendapat duit raya yang tak seberapa itu. haha.

"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN"



Thursday, August 16, 2012

Raya kali ini



Assalamualaikum,
salam hari khamis dan salam malam 27 Ramadhan.
dalam sedar tak sedar sekejap sahaja masa berlalu dah dekat sebulan kita berpuasa.
rasa macam baru je kita berpuasa hari itu.
Dan Syawal kali ini amat bermakna kerana dapat beraya bersama suami. 
Dikesempatan ini aida ingin mengucapkan 
"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin"
ikhlas dari aida dan suami.



p/s:  berhati-hati balik kampung. jangan gopoh-gopoh. biar lambat asalkan dapat berhari raya di kampung halaman. waa dah rindu sangat dekat mak dengan ayah. nasib tahun ini beraya kat ipoh dulu..yeehaa.chaloo bete.