728 x 90

Thursday, August 16, 2012

Raya kali ini



Assalamualaikum,
salam hari khamis dan salam malam 27 Ramadhan.
dalam sedar tak sedar sekejap sahaja masa berlalu dah dekat sebulan kita berpuasa.
rasa macam baru je kita berpuasa hari itu.
Dan Syawal kali ini amat bermakna kerana dapat beraya bersama suami. 
Dikesempatan ini aida ingin mengucapkan 
"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin"
ikhlas dari aida dan suami.



p/s:  berhati-hati balik kampung. jangan gopoh-gopoh. biar lambat asalkan dapat berhari raya di kampung halaman. waa dah rindu sangat dekat mak dengan ayah. nasib tahun ini beraya kat ipoh dulu..yeehaa.chaloo bete.




Saturday, July 21, 2012

Pertama Ramadhan

Assalamualaikum semua,

Alhamdulilah, hari pertama berpuasa dah berjaya kita harungi. Selamat berpuasa dan selamat berbuka semua ye.

Alhamdulilah syukur juga kepada tuhan kerana memberi kesempatan kepada kita untuk menikmati dan merasai ramadhan lagi pada tahun ini. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya. Amin.

Bagi aida ramadhan kali ini tersangat dan teramatlah seronok sebab tahun ini aida tak berseorangan, tapi sekarang sudah berdua. Lain rasanya bila berpuasa dan berbuka dengan suami tercinta. Namun jauh disudut hati, tetap rindukan suasana berbuka bersama emak, ayah dan adik beradik yang lain. Sayu hati bila teringat dekat family di kampung. Tapi bila lihat muka suami dapat juga mengubat pilu di hati. Walau apapon yang berlaku, apapon terjadi, emak ayah semua tetap dihati. Kalau tak dapat berbuka bersama, insyaallah raya pasti dapat bertemu dan bersama. InsyaAllah.

Di bulan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama berlumba mengerjakan amal ibadat kerana pahalanya berlipat ganda. Banyakkan bersedekah, mengaji alQuran, mengerjakan solat-solat sunat dan jangan lupa teraweh ye. He. Kalau tak larat 20, 8 pon dan besar rahmatnya.

Okelah, jangan lupa niat dan jangan lupa bangun sahur. Ikhlas dari aida dan suami.



Thursday, July 19, 2012

Kek batik


Assalamualaikum,

hari ini aida datang opis bawak kek batik tau. cerita begini, minggu lepas terdetik dalam hati nak buat kek batik nih. lepas tuh bahan-bahan tak cukup dan lupa beli. petang isnin lepas dah pesan kat hubby belikan bahan-bahan lepas balik kerja. then malam tu, sementara menunggu hubby balik dari swimming aida pon buatlah seorang diri, selalunya berteman. ini first time tau aida try buat sebab google kat tenet tengok simple je cara buat nye. aha.

sekejap saja masa yang diperlukan untuk buat. then, bila dah siap simpan dalam freeze dalam sejam lepastu dah boleh makan. taraa.

sumber dari google sebab lupa nak snap

balik dari swimming hubby terus tanya. nasiblah freeze sejuk jadi cepatlah keras dan boleh dimakan.
hehe, hubby kata sedap, thanks abang. hubby siap-siap pesan nak bawak pegi hospital esoknya. nasiblah buat 2 bekas. 1 untuk hubby 1 untuk aida. hehe. okey, meh misterchef ni nak bagi idea resipi nak buat kek batik nih. cepat pergi amik pen dan kertas.

Bahan-bahannya :-
biskut merie sepaket
1 cawan milo
1/2 coklat masakan
1/2 tin susu pekat
120 gram butter
1/3 cawan air

Cara-cara nak buat ye:
1. Patahkan biskkut merie kepada 2 atau 3 pecahan dalam bekas berasingan.
2. Kemudian campurkan semua bahan yang lain dalam periuk dan panaskan atas api yang sederhana sehingga kesemuanya sebati. agak-agak dalam 10-15 minitla.
3. Bila dah sekata, tutup api dan masukkan biskut merie tdi dan gaul dengan rata.
4. Tuangkan ke dalam loyang tekan dan mampatkan dengan rata.
5. Masukkan dalam freeze untuk sejukkan dalam sejam atau 2 jam.
6. Keluarkan dan potong sedia dihidang.



p/s: hubby boleh siap cakap nak jual la sebekas rm15 boleh dak? haha
okey, silalah buat untuk menjaga perot laki anda. okbai.