728 x 90

Tuesday, July 17, 2012

Floria Putrajaya 2012

Apesal ye aku selalu je update entry cerita yang dah basi. blogger lain semua update on the spot tapi aku orang dah sampai ke bulan aku baru nak naik roket. ngee. tapi ada aku kesah. 

minggu lepas aku ada pergi floria yang macam biasa annual event kat putrajaya nih. nama je penduduk tetap tapi apa aktiviti yang buat kat sini pon kadang-kadang aku tak tahu. tapi yang peliknya orang luar dari putrajaya ni tahu aje. nampak sangatlah aku yang kerja putrajaya nih bagai katak di bawah tempurung. nama saja kerja gomen tapi langsung tak amik tahu isu semasa. haha. eh tapi pasal kes lelaki mengamuk tuh aku dengan partner sebelah aku nih aka kak yus siasat habis-habisan tau. aha jangan memain. 

actually floria ni from 30 jun - 8 july, dekat 2 minggu jugaklah tapi sehari je aku pergi, tu pon malam pasal nak tengok bunga api atas kepala real punya. dari lepas maghrib sampailah pukol 10 tunggu punya tunggu bunga api tak muncul-muncul jugak last-last dah merajok nak balik dah baru korang main yer. hampeh tul. dah tu terpaksa lah tengok dari jauh sikit. jadilah. 

okey, tak tau nak cerita apa, just enjoy the gambar yang aku nak upload nih. 

macam gambar dalam frame pulak

bougainvilla betoi ke aku spell nih, tema tahun nih

jom pegi kutip daun teh

wangi lilin-lilin nih

tanteknye

i jalan dulu, u follow me

i like roses

mengada nak jugak pakai terompah, ape motip diorang letak terompah tu?

kalau nak buat macam ni kat rumah boleh dak?

ecece..kenapa dalam chermin nampak kurus?

ekspres boat dari negeri sembilan

orked lah

sepupu orked

bunga api yang merajok punya pasal

see berapa kos untuk bunga api ni ye??





Monday, July 16, 2012

Honey bulan moon madu : Fraser Hill -> Genting Highland

Masuk harini dah hampir 2bulan kahwin. belum ada isi lagi yer. jadi masih lagi dalam mood honeymoon lagi. story bab honeymoon nih baru teringat aida tak review lagi cerita pasal pegi honeymoon aritu. haha dah basi kot. ate nak buat macam mana. gambar kahwin pon sampai sekarang tak dapat-dapat lagi ooo. kempunan nak tengok muka-muka aida dan hubby. pasal kahwin pon tak review lagi inikan pulak honeymoon. jadi mood tu kurang sikitlah. ahak. alasan. papepon soon kalau dah dapat gambar aida share dengan korang yek jangan fikir aida kedekut takmao share. dan warning kat op nak gambar nak gambar dengan manjanya, ahaks.


actually aida dengan hubby masa prep dulu ada diskus nak pergi honeymoon langkawi lah perhentian islang la situ sini dan situ. tapi sekadar planning jelah. sebab kami memang type yang tak suke nak planning sangat. kami ni type yang on the spot yang main terjah punya orang. haha. bagi kami kat mana-mana pon boleh honeymoon yang penting dah halal.

so, hari ke-5 setelah bergelar suami dan isteri dan dot dot dot, setelah menjejakkan kaki di rumah mertua, kami berjaya mengescapekan diri hahaha dari rumah mertua dan singgah rumah mak sekejap and then berlari balik putrajaya rest semalam then bape banyak then la baru la kitorang bergerak menuju destinasi. aha. tahu mana kitorang pergi ? guess where?

sweet escape birdy pinky

my hubby rela mendrivekan diri all the way. tahu apa yang bestnya bila dah kahwin. ya, i dah ada personal driver okeh. pasal nak jimat minyak jadi naikla myviva my kitty. ala sayang-sayang. so the destination isssssssssssssssss ------> fraser hill (propesed by brother in law) aiyoo.

menara jam Fraser Hill dikala petang yang dingin

Memula plan nak stay kat Pine Resort tapi bila pergi check waaa horror nye bilik. meremang bulu ketiak bila masa tengok bilik. sumpah tak pergi dah lepas nih. so decide dengan hubby patah balik ke menara jam sebab kat situ ramai orang. i ikut aja okeh. try pergi walk in nak check in kat Puncak Inn, lucky masih ada deluxe room for us. bernafas lega ahh. 

okey nampak tak disitu myviva mykitty tersadai indah..haha

bestnya bila bersejuk-sejuk ditempat sejuk nih. lepas dah check in tuh, lepak-lepak dalam bilik. then aida pon bertanya pada hubby begini
aida : Abang, apa yang best kat sini?
abang :entah, abang pon tak tahu. kejap lagi kita pergi tengok apa yang best.
aida : cuba tengok pamplet nih, ada archery, golf, jungle trecking and waterfall la.
abang : okey jugak tuh.

Sementara menunggu petang sambil tengok tv dan menjeling ke jendela. aida berbisik kat hubby. macam boring je tempat nih. hubby pulak "a'a la. mati kutu rasanya kat sini". dua-dua kami gelak. haha, itulah main terjah lagi. cadang nak 2 hari 3 malam last-last jadi sehari semalam. hambik kau.

sinaran mentari pagi tapi sejuk

esoknya, aida dengan hubby decide nak pergi genting highland pulak sebab kalau nak pergi cameron macam dah patah balik pulak dah. so, lepas checkout terus pecut laju balik meninggalkan tempat yang horror tuh. sumpah lepas nih memang tak hingin nak pergi dah. tapi bagi yang mencari ketenangan dan kedamaian eloklah pergi ke sana. hehe.

final destination : genting highlands yoo. actually dah pernah pergi genting tapi sebab nak habiskan cuti-cuti malaysia yang ada nih, so pergi jugakla. sampai-sampai terus cari bilik kat first world. homak kau ramai giler foreigner. walk in macam biasa last-last kecewa. then google lah dalam internet cari hotel. hambik semua penuh yang kat atas. yang kat bawah je yang available tu pon tak banyak. waa nangis mak. then makan-makan dulu kat first world baru patah balik ke bawah cari hotel. 

pusing punya pusing last-last hotel yang paling tak takut nak duduk seri malaysia hotel. nasib ada bilik dan dapat diskaun rm20 sebab pakai kad gomen. then rehat-rehat dulu malam baru panjat genting balik. aha. 

amik gambar dulu sebelum pergi

posing depan chermin besar depan lif

negro genting

esoknya pergi strawberry park sebelum balik. memang bestla sebab tak pernah petik strawberry sendiri. masa pergi cameron dulu pon tak berkesempatan. okeh malas dah nak taip. tengok gambar sudah.

welcome to strawberry leisure farms

hubby was here (cover perut ekeke)

mari memetik stoberi

mana cukup banyak nih dol

taman bunga 

vege farms

colourful morning glory tapi i degil jugak nak touch

doll lavenda house

ala-ala yana shamsuddin fan club okeh!


p/s: nantikan honeymoon kami yang seterusnya.
















Monday, July 9, 2012

Pizza Frenzy

Ohok, ohok pagi-pagi dah terbatuk-batuk kau. mana taknya pagi-pagi dah balun nasi lemak jpa tu hah.
adoi hilang segala diet. dietla kunun padahal badan dan macam dipam-pam rasanya. oke fullstop.
entry ni supposely last week punya last week lagi aida tulis. tapi ie punye problem takleh nak upload gambar jadi aida simpan je dulu buat pekasam sampailah dah berbau. ahak.

actually, aida dan hubby try-try buat pizza sendiri. memandangkan nak merasmikan oven yang dapat masa kahwin dulu tuh, so gatal-gatal la nak cuba buat pizza sendiri yoo. hubby pon okeh je yelah salah satu sebabnya lagi dia pon tak nak makan nasik. dietla katakan. ngee.

balik keje terus je pegi beli bahan-bahan dekat pasar. cari jugak doh yang dah siap tuh tapi tak jumpa. alamatnya buat doh sendiri la yek. hubby pon beli sikit-sikit bahan-bahan. then balik-balik je rumah terus campak kain dan mula membuat doh. ahaha. first time buat doh sendiri dengan guna mauripannya. ahaha. kelakar dol.

doh yang terlajak air dan terlebih tepung

bahan-bahan untuk topping : tomato puri, sosej, sayur campur, keju chesdale dan cili benggala (bell pepper)

okey sudah masuk dalam oven..cant wait..berdiri je depan oven tunggu sampai siap..
hubby pon macamtuh, jakun kan.

okey, inilah hasilnya. peace yoo..



okela buat pertama kalinya mencuba. do better next time hokey..dududud..