728 x 90

Thursday, March 17, 2011

Hari Kejadian 24

WaAaAa..

Semalam besday aida yg ke 24. Dah bertambah usia aida. Hehe. Usia bukan pada wajah. tapi pada angka.
hehe.

ini la cupcakes besday kite..

Comel x? Mestilah comel kan. Macam tuan die..perasan..tengok kek tu, ada kaler pink siap ade strawberi lagi. Daripada beli kek besar2 tu pastu xabis makan baek beli cupcake jek. kan. Kecik jap je abis makan. Tak membazir.

Hehe, sempena besde aida, sidia bagi adiah yang paling istimewa. Aida suka sangat. Nak tau apa? Rahsia. Hehe.

Tuesday, March 15, 2011

Contest AKU dan PINK

Wah, best sangat bila nak join contest ni. Pink kaler febret saya. Teruja sangat. Ni ha banner contest ni. Jom kite join. Sempena besde aida esok, aida nak joinla.bleh kan..he..


sO, ini la gambar yang aida pertaruhkan, comot x..

haha..oke x..aku dan pink..

Aida suka2 je masuk contest ni. yela, aida kan suke pink. xkesahla dapat ke x, yang penting enjoy contest ni. tol x?

Kawan2ku jom join contest ni cepat sebelum tarikh luputnya 20 mac ni..Cepat..






Monday, March 14, 2011

Rumah Amal Kasih Bestari

Salam,

Hari ini, aida dan kawan2 pergi melawat Rumah Amal Kasih Bestari kat Subang. Program ini anjuran Puspanita Spr. Teruja sangat dapat pergi rumah ini. Fisrt time, ikut lawatan pergi ke rumah amal macam ni. Rumah amal ini bukan sahaja memuatkan anak-anak yatim piatu, tetapi juga anak-anak miskin, asnaf, yang tiada status dan yang terabai. Kasihan sangat bila tengok muka anak-anak ini.

baru sampai..panas skit..

Kesemua anak-anak ini berusia dari baru lahir hingga ke sekolah menengah. Semuanya lelaki. Mereka semua comel-comel sangat. Ternampak akan cahaya kegembiraan pada wajah mereka apabila kami sampai ke sana dan menjalankan aktiviti yang cukup menarik seperti kotak muzik beracun, teka-teki dan peraduan mewarna.


Kemudian, kami dikehendaki memilih seorang anak untuk dijadikan adik atau anak angkat bagi makcik-makcik. Hehe. Aida kakak ye. Yang comel-comel semua makcik2 dah sapu. Tinggal abang-abang yang malu2 saja. Aida ambil adik Mohd Fakrul Razi sebagai adik angkat. Hitam manis orangnya. Berusia 13 tahun dan berasal dari Rawang. Mempunyai 10 orang adik-beradik. Razi datang dari keluarga yang besar dan agak susah. Sebab itulah, di sini lah menjadi tempatnya membesar.


kak faizah bersama adiknya

kak wan bersama ajib

aida dan razi, si hitam manis

Selalu mereka makan nasi sebagai rutin harian. Kami membawa KFC bagi menggembirakan hati mereka. Almaklumlah untuk makan makanan begini rasanya agak sukar. Berebut2 mereka ambil dan makan. Seronok melihat mereka makan. Selepas makan, mereka menyampaikan beberapa buah lagu nasyid mereka sendir kepada kami. Tersentuh hati bila mendengar lagu-lagu mereka. Sob.Sob.Sob.

syahdu nasyid mereka

Sebelum balik, pihak puspanita menyampaikan sumbangan derma dan hadiah kepada rumah amal ini. Betapa gembiranya mereka menerima sumbangan kami walaupun tidak besar tapi cukup bermakna buat mereka. Semoga sumbangan kami dapat meringankan beban mereka.

Terasa begitu bersyukur kepada Allah kerana lahir dan membesar dengan baik dan sempurna walaupun tidak begitu mewah. Dapat merasakan kasih sayang ibu dan ayah. Betapa ramai lagi di luar sana yang dalam kesusahan, kemiskinan dan serba kekurangan. Bersamalah kita menghargai pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa kita yang masih ada. Balas segala jasa dan budi mereka selagi masih sempat. Jika berkesempatan dan ada rezeki yang lebih marilah kita bersama membantu golongan yang memerlukan ini.


"Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang di asuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang selalu digangu dan disakiti hatinya"
                                                                                                                                Riwayat :Ibnu Madjah

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad).