728 x 90

Friday, May 16, 2014

Tips melancong ke Seoul, South Korea


Assalamualaikum,

dah hampir seminggu lebih jugak kot aku dan encik am balik dari korea. penat pon dah hilang, tapi macam cinta ku tertinggal di korea lah. huu. serious, really miss korea so much. trip aku kalini selama 4 hari 3 malam bermula 4 mei hingga 7 mei 2014. aku pon tak terfikir akan datang seoul. memang pernah berangan nak datang sini tapi bila fikir-fikir duit, memang tak kan la. bajet aku ciput jer selalu kalau bab-bab travel nih, kalau boleh dapat murah lagi murah aku nak. ahaha, dasar kedekut kan. ikutkan memula plan nak pergi bandung ataupon bali, pastu dok balah-balah nak pergi singapore pulak, last-last korea yang dipilih encik am. so sebagai isteri yang mithali, ewahh, aku pon on jela. sejak dari itu, kami laki binik mula menyukai channel ke korea ke kite? ahaks. okeylah, bab-bab tempat yang aku pergi sepanjang aku merantau kat sana, aku tulis lain hari ye. ini kali nak bagi tips kat korang.


1. Tukar duit korea
macam aku dengan encik am, kami tukar siap-siap duit kat money exchange kat malaysia je senang. sebabnya yelah kami kan first time pergi sane, risaulah jugak kalau-kalau tak jumpe money changer ke, ataupon lagi mahal ke kat sana kan. so inisiatif tukar siap-siap kat sini. tapi bawak jugak duit malaysia in case kalau terlebih belanje ke urgent ke nak pakai duit kan boleh exchange kat sana je. masa kami tukar duit tu lebih kurang 1000 won korea bersamaan rm3.17. itu bukan harga currency semasa ye. tu harga money changer tu jual. korang kena tengok we sell yek bukan tengok we buy. itu first time kami tukar dekat The Mines. tukar rm1400. then, seminggu sebelum kami terbang kami tukar lagi rm1000 dekat PKNS Bangi. adoyai, dah naik lorr, kami rugi sikit, nilai 1000won bersamaan rm3.24. banyak jugak kami rugi. ceh bajet kot-kot lah turun, rupanya makin naik. waaaa. tapi dari ape yang kami survey, kalau nak murah dan untung tukar dekat money changer dekat Mid Valley atau dekat Jalan Masjid India. tapi kitorang type yang malas nak bersesak, so rugi sikit. 





2. Aktifkan International account
aku aktifkan kad debit/kredit maybank aku untuk kegunaan international. takut jugak kan, pergi berdua je dengan encik am, kalau apa-apa terjadi, lets say kena rompak ke, duit hilang, sakit ke senanglah nak cekau duit. kalau tak nak mintak sape bagi kan. tak kan nak pergi menyanyi kat kaki lima macam mior dengan wak doyok kot. oke. caranya korang boleh call maybank customer service sendiri mintak die aktifkan international banking korang dalam masa bila sampai bila ataupon just simply pergi atm machine pastu pilih menu atm plus dan aktifkan sementara akaun korang. boleh juga pilih aktifkan permenant. korang kena masukkan no ic dan tarikh pergi dan balik. senang je.

3. Charger international 
ahaa, jangan lupe bawak plug kaki 2 ni tau. plug kat sana tak sama dengan malaysia. jadi lebih baik beli siap-siap kat sini senang korang nak cas handset dengan kamera korang tu kan. kat sana banyak plug, even dekat kaki lima pon ado soket plug nih. 




4. Bekalan makanan yang secukupnya
okey, bab makan ni lah yang paling susah sekali. sebabnya memang susah-susah sangat nak cari makanan ataupon restoren halal kat korea nih. ade tapi dengan kawasan seperti itaewon memang banyak tapi agak bergantung jugak dekat mana hotel atau guesthouse anda. jadi kami bawak bekalan siap-siap untuk 4 hari. yang senang dan mudah nak masak dan makan macam mee segera, biskut, minuman 3 in 1, sambal dan serunding, makanan dalam paket atau tin. kalau korang travel lame bolehla kalau nak bawak periuk belanga bagai, tapi kitorang beli nasi segera kat 7e, balik bilik panaskan je dan ngap. 


stok makanan sepanjang kat sane, belum tambah sambal ikan bilis lagik


5. Pakaian sejuk
kitorang travel time musim bunga, tak bermakna tak payah bawak sweater jaket bagai. suhu dalam 10-20*c jugaklah. bawaklah long john, sweater, jaket. mafle, winter coat takyah kot melainkan korang datang time winter. macam aku, memang kulit nipis kan, so sejuk macamtu memang dah menggeletar beb. tak cukup selapis, 3 lapis aku hentam. orang lain takde pakai glove bagai, aku je yang over sejuk siap mafle lagi. mak tak tahan okey! so, sila amik tahu musim ape korang travel yek.


nampak tak yang plastik kuning tuh, namanye pocket warmer, beli kat daiso saje
boleh guna untuk panaskan badan, just koyak label dan tampal dalam poket.
rase suam-suam panas kuku jek.


6. Beli T-money
uhmm..kat sane, sampai-sampai je jangan lupe beli t-money yer kengkawan. bagi yang gamble macam aku laki binik, memang public transport kenderaan kami lah sepanjang kat sana. naik subway ke, teksi ke bas ke, sume boleh pakai t-money. t-money ni lebih kurang macam touch n go la. boleh beli dekat 7e, gs25 atau storymart dengan harga 2500-3000won satu. then topupla ikut kegunaan. jangan risau mesin topup ni bersepah kat sana, topup kat 7e pon boleh. 





7. Ambik peta Seoul
jangan lupe amik peta seoul supaya senang korang bajet nak pergi mana, nak tahu korang ada kat mana, nak tahu stesen mana korang kena amik. boleh amik dekat airport ataupon dekat tempat korang menginap. peta line subway pon penting yang amat, sebab subway tersangat banyak line dan station. harus faham dan tahu nak naik yang mana satu. sila study.

8. Bawak air botol 
tandas kat sana memang tak ada AIR. so kalau korang nak terkincit ke terberry ke silalah bawak sebotol air ke mana saja korang pergi supaya senang nak cuci dan senang nak refill. ingat tu, kalau tak pandai-pandaila korang nak berinstinjak macam diorang. ahaha. 

9. Solat
kat sana awal sejam je dari malaysia. so waktu macam tak lari banyak. kan boleh jamak. korang goggle waktu solat time korang pergi. tempat nak solat agak susah, so pandai-pandaila korang cari tempat yang sesuai nak solat yang penting bersih dan pakaian korang sesuai. macam perempuan tak payah telekung bagai, islam kan mudah, janji pakaian korang cukup tutup aurat. nak lebih info klik sini.

10. Rancang itinerary
kalau korang bijak mesti korang plan korang punye schedule sepanjang kaat sane. jangan sampai korang lost mana nak pergi sudah. penting planning preparation nih supaya smooth je percutian korang. google tempat-tempat yang nak pergi, jalan dan cara nak pergi. macam aku, banyak bace belog-belog diorang yang dah pergi pergi, so amik ilham buat itinerary sendiri. 

11. Booking flight
bagi yang memang kaki travel memang tau jelah time-time promo air asia kan. laju jek diorang. so kalau nak murah, belilah time promo. booking awal kalau nak murah. pilih tarikh yang sesuai senang korang nak apply cuti ek. aku ni pon encik am yang booking kan. iolls ikut sajo. 

12. Booking hotel 
booking siap-siap dari sini hotel ke guesthouse ke rumah tumpangan ke kan dari sini senang, supaya nanti sampai tak terkial-kial kan. kitorang booking through hostelworld.com, just pilih guesthouse yang sesuai untuk backpacker macam kitorang nih. nak tido aje pon. 

13. Passport
last jangan lupe tengok passport korang, dah expired ke belum, kalau dah, sila pergi renew yek. kalau belum buat sila buat ye. rm100 untuk 2 tahun. dan korea tak payah visa ye. 


14. Install application subway kat fon korang
aku instal seoul subway dan seoul map senang tak payah nak bukak map besar-besar alam tuh sampai menggangu orang sebelah kot. 



korang just setkan departure dan destination nanti die akan bagi detail.
tengok senangkan, line berapa ke line berapa 
then estimate time dan kos tambang subway pon ade sekali.



15. Bekalan ubatan
haa, jangan lupe ubat-ubatan jugak yer, senang jimat bawak yang kit pon takpe. tak payah nak beli kat sane kan kot kalau sakit perut ke pening ke kan. jangan lupe lip balm takut nnt bibir kering kan balik mesia pecah-pecah pulak, maklumla kan sejuk.

tengok haa, detail ke tak detail mak jemah nih,
hand sanitizer, eye mo, minyak kapak, vicks, minyak gamat, deep rub, panadol, phiciket, lotion, vaseline...apo yang takdo laie sume lengkap den kasi..haaa beg marykay lagi, berguna gak beg nih..
ni kalau kaksya tengok nih kembang..


aku rase dah berjela kot aku explain kat korang. kalau tak cukup jugak korang google la lagik yek. kalau aku ingat aku tambah lagi. tu pon kalau rajin la kan. rasenye macam err..harap berguna untuk korang. so, kalau de pape boleh tanya, yang boleh aku jawab aku jawab ek. k bai.

xoxo.




29 comments:

  1. weweweeee....bestnyerrr KE KOREA KE KITE yek!
    Aida..mane pixture2 sume kat sane..mau tengokk gak..
    wahh teruja ak...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tgu next entry ye..hihi..tp tatau la bila nak karang..

      Delete
  2. Wah.. bestnya... nak ke korea!!! Anyoyosayok!... hihi.. nak lagi nak lagi..

    ReplyDelete
  3. seronoknya...ada simpan angan2 nak holiday ngn en.husband ke Korea tapi wat masa ni xde rezeki lagi...insya Allah manalah tau coming soon...hehehehe...thanks for sharing the info...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot,com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..sy share ape yg sy tahu..mudah2n berguna buat org lain..

      Delete
  4. Salam. Saya merancang utk ke korea secara solo. Just book flight + hotel di mapo-gu padahujng bulan ini. Rasanya selamat tak utk saya melancong secara solo? any tips?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..
      awak biase travel alone ke? kalau awak biase pergi solo, rasanya takde masalah. bg saya korea adalah negara yg selamat. pgi mana2 pon rasa selamat, xde vandalisme, xde mat-mat pit, kutu lepak or kutu embun. ade juga kawan saya perempuan yg penah pergi solo, pergi balik selamat. yang penting u dah google siap-siap tempat u nak pergi dan transport masa kat sana. dan kalau lebih baek u pergi ber2 pon oke sajo. sng kalu apa2 jd u ade teman. hee. just my 2cent. hehe..happy holiday..korea memang best..

      Delete
  5. Salam..agk2 bajet per person brpe?tgh merancang nk holiday overseas.. tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..bergantung kpd brp hari nak pergi..mcm sy bawak 2500 utk 2 org dalam 4 hari, tu pon balik sini masih ade balance. lebih kurang 1k la sorg..yg ni utk belanje saje. xtmasuk flight dan hotel. tp sbnrnye lebih jugak tu tp byk rugi sbb kami naik teksi byk..xlarat nak menapak naik subway tuh..

      Delete
  6. assalamualaikum. sy tgh cari kawan utk ke korea 25-31 may 2015. ada sesiapa yg berminat? 012-9484586.

    ReplyDelete
  7. aida nak tanya bahasa bertuturan kat korea english ke cmner?

    ReplyDelete
  8. saya akan ke korea pada akhir Mac 2015. Masa ni permulaan masuk musim bunga...adakah cuaca masih terlalu sejuk dan perlu pakai jaket tebal/winter coat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau musim bunga suhu 10c dan ke ats. tak perlu winter coat just sedia jaket atau pon sweater. tapi kalu jenis yang tak tahan sejuk standbyla 2 3 lapis mcm i..haha..sejukk smp ketulang..

      Delete
  9. Salam alaik, pakej Melancong ke Korea yang murah , berpatutan dan baloi-baloi, tour guide Malaysian, maka mudah untuk mengetahui info-info di Korea nanti, jangan tunggu lama lama hubungi saya segera

    whatsapp : 0175367426 insyirah
    emel : melancongmurahbaloi@gmail.com
    instagram : melancong_murah_baloi

    ReplyDelete
  10. Hai, ada sesiapa nak gi seoul+jeju tak hujung mei ni?
    Ni bukan under travel agency. Saya cari rakan travel. Kalau boleh perempuan.

    email : arene_amelia@yahoo.com
    fb : aleen aiden

    Sorry interrupt tuan page. :)

    ReplyDelete
  11. yang mana satu application seoul subway tu....developer dia sape

    ReplyDelete
  12. Tq utk tips dan info ni =)

    Jemput visit blog saya ya.http://naziramiswan.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. info menarik untuk saya guna nanti. tq

    ReplyDelete
  14. Nk pergi nnt ..map nk beli kan mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil dekat information counter di incheon airport. just 4 free.

      Delete
  15. Sy g berdua je..April 19 smpi 25...sape nk joint hehe..

    ReplyDelete
  16. Assalam sis, nk tny tang t-money tu.. Blh share ke or kene beli sorg satu? 1st nk g korea, jd x tahu sgt.. Pegi berdua dgn suami tanpa ikut pakej

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..kne beli sorg satu..xleh share..hehe..selamat pergi dan balik ye..

      Delete