728 x 90

Tuesday, August 27, 2013

Jimmy dah kawen..yeay!


Assalamualaikum,

minggu lepas aida dan encik am balik ipoh sebab kawan encik am, si jimmy asmara nih kawen.
kawen dengan orang ipoh. alamat lepas ni selalu lah balik ipoh. dan selalulah encik am akan ajak konvoi nih. huh. walaupon majlis belah laki di kl, tapi kat ipoh pon mesti pergi. begitulah kalau dah kawan dari kecik, memang sayang lah kan. encik am ade 3 orang kawan yang rapat sangat. jimmy, bangah dan shark. kawan dari kecik-kecik lagi. dan sape je yang kawen, mereka 4 orang nih mesti ada dekat dua-dua majlis. jadi mem-men semua kenalah ikut memberi sokongan padu pada persahabatan mereka ini, walaupon ada masanya termerajuk jugak dengan persahabatan mereka ini. heh. itu normal la kan. meh layan gambar seketoi dua.


encik am, jimmy, farah dan aida
pengantin bersilau-silau kikiki***

okey, baru nampak lubang hidung pengantin..
cakap dengan encik am"muka jimmy macam gambar dalam duit singgit kan" 


gambar 4 sekawan dan 4 mem-mem
hehe

Mencari produk-produk untuk kecantikan?
Dapatkan aurawhite, ferwhite, maixara, shape plus, fellina, 
dan banyak lagi dengan harga yang murah.
boleh pm di sini 
sms/wasap:0175493685

xoxo




Friday, August 23, 2013

Bestie Wedding, Miera


Assalamualaikum,

raye keempat yang lepas, best friend aida dari zaman sekolah rendah, yang merangkap kawan seperjuangan, sepermainan, sequarters, sehati dan sejoli telah pon disunting orang. dah jadik binik orang dah kawen aku yang sorang nih. miera, kawan rapat waktu sekolah rendah dulu. dulu kuat gaduh, tapi gaduh macam mane pon kami still best friend forever. mase tuh, kami best friend bertiga, sorang lagi bestie aida, emy. kami satu kelas, tinggal pulak kat berek polis, yelah memasing anak polis yoo. sebabtulah agaknya zaman kanak-kanak zaman kegemilangan kami tersangatlah rapat. sampailah masa dan kedewasaan yang memisahkan kami. cheewaah ayat. apepon kami still keep in touch. tak gitu. meh layan gambar kawen die dan gambar gedik kami.

bersama pengantin dan suami.
manis dan cantek kawan aida sorang nih.
semoga bahagia hingga ke akhir hayat yer.

menggedik bersama pengantin.
dari kiri belakang: dila, niza, me & emi.
kami berlima kawan satu sekelas mase sekolah rendah dulu. wee. 

kate freestyle, tapi semua tengok kamera,
aida sorang je poyos syok sendiri. haha.

pengantin sebok, kami naik pelamin tangkap sendiri jer.
biaselah kalu muka tak malu memang macam nih.


p/s: niza gambar dalam bilik tatau mana pi. haha,

apepon, SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT AMIERA AZMI DAN SUAMI.


xoxo.



Thursday, August 22, 2013

**Selling Price List - Pinky Shoppy


Harga terkini produk-produk dari Pinky Shoppy.
Harga tidak tetap tertakluk kepada promosi dan permintaan.
pm / wassap: 0175493685 untuk order dan juga best price.

*Harga berubah dari masa ke semasa. Thank You.


~HAPPY SHOPPING WITH PINKY SHOPPY~



Raya ke 15


Assalamualaikum,

hah, dah lame belog ni sepi dengan update. cian die. asyik tengok je tapi mood nak taip-taip takde. tengok orang lain post gambar-gambar raye diorang, aida pon nak sebok-sebok jugak ah. ngee. masih sempat lagi walaupon sudah syawal yang ke 15. tapi nak tepek jugak sekeping dua gambar kami berhari raya. hamboi hamboi hamboi.


SELAMAT HARI RAYA DARI AIDA & ENCIK AM
raya kali ni raya yang kedua sebagai suami isteri dan masih berdua. InsyaAllah raya tahun depan bertiga, Amin ya Rabbal Alamin.

Raya pertama di rumah mertuaku.
semua adik beradik balik. 
memang meriah la kau. 
tapi hati totap sayu teringatkan kampung halamanku yang 
jauhnya 45 minit dari rumah encik am. haha.

bergambar bersama PIL dan sanak saudara sepupu sepapat

gambar raya family sendiri, mak, ayah, adik dan family paksu adik beradik ade yang belum sampai, yang pergi mane ntah, ini je yang ado kau ado? almaklumlah dah raye ke berapa baru balik rumah sendiri, memang tak dapatlah gambar berbaju kurung dan berbaju melayu seh..

Anak buah yang sulung, my youngest sista, me and emak
emak suke spoilkan gambar, tengok tempat lain.
dah siap pesan "mak, tengok kamera tau!"


Okelah, tata.

xoxo


Monday, August 5, 2013

Hot selling, Vita C 500mg Shaklee


Assalamualaikum,



dah lama dah vita C 500mg nih kehabisan stok dan Shaklee masih belum merestok kan lagi vita C nih. customer ramai yang dah menjerit-jerit bertanya pasal vita C nih. kalau ade stok dah lame dah aida untung besar woi.

tapi, tapi,,,,,, korang jangan fikir bukan-bukan pulak pasal ape lame sangat masa yang diambik oleh Shaklee untuk keluarkan stok baru nih. dengar kata, ade pihak yang cube meniru vita C nih, dan sebab itu, Shaklee menghasilkan vita C keluaran baru dan sedang menunggu kelulusan KKM. justeru kome-kome kena sabaq sikit naa. yang pasti vita C Shaklee nih memang superb powerlah.

Jom tengok kebaikan Sustained Release Vita C 500mg.


Keistimewaan Sustained Release Vitamin C Shaklee

'Sains pembebasan berterusan secara semulajadi' vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.


Kebaikan Utama

1. Membentuk Kolagen
Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.

2. Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

4. Memerangi Kanser
Ianya satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

5. Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

6. Memperbaiki Insomnia
Ia memperbaiki insomnia, stres, masalah berkaitan mental seperti keresahan.

7. Mengekalkan Kolesterol Sihat
Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.


Keperluan Pengambilan Vitamin C

Haiwan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri, seperti arnab mampu menghasilkan 18,000mg (18g) Vitamin C sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan Vitamin C. Tambahan pula Vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian adalah perlu untuk kita mengambil Vitamin C setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksik.

Kajian dari Dr. James Scala telah menunjukkan, adalah selamat untuk mengambil 5,000mg (10 tablet) hingga 10,000mg (20 tablet) Vitamin C sehari. Dr. Pauling, yang menemui Vitamin C, mengambil 18g (18,000mg) sehari dan beliau adalah sihat secara fizikal pada umur 94 tahun.


Vitamin C Yang Memadai Dari Buah?

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45mg-60mg Vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan Vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan Vitamin C yang sedikit. Kandungan Vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. Pengambilan Vitamin C dapat melengkapkan keperluan Vitamin C dalam tubuh.



Berminat nak cuba Produk Shaklee boleh hubungi saya untuk harga istimewa..

Sms / wassap : 017-5493685
Email : idida163@gmail.com
ID SHAKLEE : 912703
Trust SHAKLEE Trust Me.




xoxo




Friday, August 2, 2013

Mealshake baik untuk kanak-kanak


Assalamualaikum,

ramai ibu-ibu, mama-mama yang kat luar sana tanya aida pasal mealshake nih. even belum ade anak dan takde experience pon, tapi aida banyak membaca dan dapat feedback dari customer tentang kebaikan mealshake nih. 






6 fakta tentang Mealshake:

1. Nutrisi Lengkap

Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel

Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran

Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida

Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit

Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox

Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Antara kebaikan Mealshake ini ialah : 

  • Rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  • Sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • Menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • Amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti 




Testimoni mereka :








Berminat nak cuba Produk Shaklee boleh hubungi saya untuk harga istimewa..
FB : Health & Beauty by Pinky
Sms / wassap : 017-5493685
Email : idida163@gmail.com
Website : http://aidathepinky.blogspot.com
ID SHAKLEE : 912703
Trust SHAKLEE Trust Me.




xoxo