728 x 90

Friday, March 15, 2013

Bisnes Kacang Putih Ku



Salam,

Beberapa menjak ni aida semakin giat dan rancak berbisnes kan.
Asalnya sekadar suke-suke nak cari duit lebih jer, yelah aida kan jenis
yang suke shopping, berbelanja, beli itulah beli inilah, tiap-tiap minggu mesti
ada saje bende yang aida nak dan nak beli. Dari baju, tudung, barang dapur, barang rumah, perhiasan, makanan dan macam-macam. Tapi yang ni bukan keperluan tau.
Sebab semua barang keperluan encik am dah sediakan. Ape saje bende yang aida
nakkan adalah kehendak. Encik am marah kalau aida suke beli merapu-rapu nih. Die pula dah pesan supaya berjimat, saving untuk masa depan untuk anak-anak. Uiks, anak-anak? Yelah, manelah tahu kan, kalau ade rezeki, tup tup esok luse aida dah mengandung ke kan. Amin. Mesti nak guna banyak duit kan. Mane lagi untuk checkup, keperluan maternity, baby, banyak tuh duit nak guna untuk semua tuh. sebab tuh encik am suh saving dari sekarang. Kalau bende tak penting tak payahlah beli tak payah nak boros sangat. Sekurang-kurangnya dapat membantu suami. Nampak sangat aida seorang yang boros kan. kan. boros tu amalan syaitan. Jangan amalkan yer. Aida pon belajar untuk tidak boros berbelanja.

Tapi disebabkan dah seronok nak pegang duit banyak, aida pon nak try macam-macam bisnes. Kan aida dah mula dengan bisnes tupperware aida tuh. Bisnes tuh masih berjalan mengikut kehendak pelanggan. Bila ada permintaan, baru aida akan dapatkan barang. kire bisnes aida tak rugi lah. Jangan lupa singgah Pinky Tupperware dan dapatkan tupperware dengan harga yang berpatutan. InsyaAllah. Keke, sempat lagi promot belog tupperware aida. Jenguk-jenguk kalau ada yang berkenan.

Sekarang nih, aida dah jadi dealer untuk beberapa jenis produk kesihatan dan kecantikan.
Nama kedai online aida yang lagi satu ialah Pinky Shoppy. Hehehe somel tak? Macam tuan die kan. Boleh lawat sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk apa yang aida jual yer kawan-kawan. Boleh pm/msg/wassap/email kalau nak beli mana-mana produk. Kalau sekadar nak tanya saja pon boleh, jangan malu-malu. Malu bertanya sesat jalan tau. Hik3. setakat nih Alhamdulilah, ramai juga yang beli dengan aida.

Dan yang terbaru, bisnes kacang putih aida. haha, dan macam mamak pulak jual kacang putih kan. Idea jual kacang putih ni timbul bila kedai runcit kat opis aida dah kehabisan stok makanan. Tambah pulak stok yang ada cuma makanan jajan budak-budak. Cekedis, apolo, mamee, bosanla pulak kan. Teringat ayat sorang cc nih, ”makanan orang tua takde ke?” haha, makanan orang tua tu macam mana? Pastu terdetik nak jual kerepek dan kacang putih. Yelah, aida kan orang ipoh, ipoh pulak terkenal dengan industri kacang putihnye, jadi aida balik kampung terus pergi buntong beli kacang putih. Buat permulaan, aida beli beberapa jenis kerepek jer macam biskut bantal, maruku, kerepek pisang dan ubi. Beli dalam kuantiti sikit dalam sekilo, dan balik rumah aida packing-packing dalam plastik kecil pastu jual dengan harga sekitar rm1 hingga rm2. Alhamduliah, ini baru percubaan pertama dan aida nampak hasil dan komen dari pembeli. InsyaAllah akan diperbaiki mana yang kurang dan akan menambahkan lagi produk jualan.



Seronok jugakkan berbisnes nih. Cuma bisnes aida takdelah hebat sangat. Sekadar suke-suke sajo. Kawan aida siap panggil aida multi bussineswoman dah. Hahaha. Amin. Mudah-mudahan masin mulut mereka. Teringat pulak cita-cita masa dulu-dulu nak bukak restoren. He, ni kalau aida tak keje gomen, rasa-rasanya dah jadi tokey restoren kot.


Xoxo.



  

4 comments:

  1. bagus! tak semua ada semangat tau. teruskan selagi mampu.

    ^_^

    salam blogwalking

    http://thewonderingmastikus.blogspot.com/

    ReplyDelete