728 x 90

Thursday, February 14, 2013

Geram dengan astro


Assalam,

lama tak update belog, baru jer azam nak update tetiap hari, bila dah tinggal mulalah malash gitu.
hee, tapi nak rajin-rajinkan jugak tangan ni taip sikit.
takde mende cuma teringat aritu memang nak tulih dah entry nih.
tapi sebab ditangguh-tangguh dengan entry lain terus luper.
asalnye sebab geram sangat dengan astro nih.

first sekali yang aida geram sangat kan sebab bil tak dapat tapi dah call mintak
suh bayar cepat-cepat. aiiih mane tak geram kan, nak jugak tengok bil dulu baru proceed bayar kan.
yelah, bukan tak boleh tapi selalu mesti kite nak bukti bil dulu, maybe ade tertunggak ke terlebih ke takpe tapi kalau terkurang? hmm, dah tu, bila dah bagitau bil tak sampai lagi, tup-tup esok lusa terus sampai bil.
aik macam tu pulak ker? bila komplen baru sampai. kalau tak komplen?

pastu yang aida bengang nombor duanya, heh, last month adelah sorang minah astro nih
call menggoda dan mengoffer pakej superpack trial. bukan main lagi cakap manis,
pujuk-pujuk suruh try superpack yang hanya rm125 untuk sebulan atau dua bulan pon boleh.
okelah fine bab tu. so, aida terima dan siap cakap saya hanya nak try untuk sebulan sahaja!
dan die explain punye explain yang pakej die offer ni takde kontrak dan takde cas untuk hd
dan
die janji akan call balik dalam sebulan untuk konfirmkan balik nak sambung atau nak stop superpack tuh.
okey.

then, bila dah cukup sebulan, sampai 12 aida tunggu tak call-call jugak, last-last aida call.
tapi punyelah hampeh tahap gaban, haram die angkat fon die. uiiissshhhh hati dah bara dah ni.
mase nak suruh orang subscribe bukan main terhegeh lagi call,
bile dah orang call haram tak angkat, kalu enggaged tu lainla cerita.
last-last sorang mamat ni call dari astro tanya dah bayar ke belum bil?
sabar jelah, last-last kene jugakla mamat tuh sedas dua. amik kau. terus-terus die cakap nanti die cek dulu.
then tak lama lepas tuh, die call balik, ingatkan nak setelkan dah, last-last die pon suh call customer service.
cinabeng punya astro. kau tahu jela kalu call customer service tuh, kena layan mesin dah setengah jam. ini semua poyo arrrr.

then, dah call, dapat dekat sorang kakak nih, tapi takpe, hati masih boleh cool. cakap baik nih. hehe.
kakak tu minta no akaun dan cek. so die cakap nak terminate superpack dan continue pakej lama. oke, i cakap yes. hu. boleh pulak die cakap kena cas rm10. adoii, aritu takde mention pon kena cas kalu nak potong. giles arr. die sambung kalau nak subscribe balik dah tak kena cas. yelah tuh, nanti potong balik cas balik. sudahlaaaa faham sangatlah cara korang tindas pengguna nih. banyak sangat cas yang tersembunyi yer. tak tengok ke tiap-tiap bulan kami bayar tax yang beringgit-ringgit tuh, tapi service hampeh. asik ulang cerita yang same jer memanjang. fenat aku woi bayar mahal-mahal baik beli tiket wayang lagi best.

okelah, dah panjang berleter bla bla bla bla stop, dalam masa 24 jam akan terminate. balik rumah tak sampai berapa jam dah kene potong. bab potong memang laju yer korang. bab pasang macam siput seduttttt.

nak dijadikan cerita, bil bulan lepas aku sampai. alangkah terkejutnya beruk-beruk kat zoo bila bil aku mencecah 3ratus ringgit. woow hebat sungguh kami menonton astro. dahla dikatanya bil kami tertunggak, oke fine, mungkin sebab bil dah keluar dulu baru terima payment. cool lagi. tapi yang tak puas hatinya kenapa bil superpack kena cas dua kali maaaa. apa pasat? haiyooo..
macam mana buat kira-kira astro sayang? selalu bil keluar dari tarikh sekian sampai tarikh sekian. kenapa kali ni dua bulan sekali pulak. tamak betul kamoo.
hati dah bara lagi terus call walaupon cuti hari wilayah. hah. nasib ade orang angkat. bla bla bla bla bla punyalah bla die cakap sebab mase terminate superpack dah masuk bil lain. dah tu apasal tak tunggu bil lagi satu jer baru masuk. adoiii sabar jela. istighfar3x. oke fine.

dan satu lagi nak geramnyer, dulu bulan 6 mase musim bola euro tuh, baru i tambah pakej sport dan learning.
boleh pulak extra cas rm50 sebab ingat pasang semata-mata euro. apedehal sukahati orangla. bukan ko pon yang bayar. tapi sebab kate nak refund balik bulan 1 kalau still guna walaupon dah abis euro. fine.
ni dah bulan 2 apsal tak refund balik? jawab jawab. janji macam mana wei? then bila call, customer service boleh cakap kena tunggu dua bulan lagi baru diorang akan refund balik. sudahhhh. macam mana korang buat kerja. tak update sistem ker? tak buat coding baru ker? tengok lagi dua bulan macam mana pulak. hmmmmmmmm sabar sabar sabar jelah!

xoxo.

entry ni bukanlah nak memburukkan mana-mana pihak tapi saje nak lepaskan geram. kbai.





4 comments:

  1. fight blk yg pasal 2 bulan charge tu , kalau lame2 bising dpt kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malash nak call balik-balik..buat degil jugak bayar ikut yang gune jerk..hihi..

      Delete
  2. saba je LA..astro mmg hampeh sket. dorg taw kite mmg whatever pon akan pkai dorg gk, so service mmg cm harram..

    tp Sya br je mlm td upgrade ke astro superpack.sbb nk kan pvr.leceh r kLW kene keje weekend then byk citer tertinggal.hopefully psni bLeh record jek.

    tp xtaroh harapan tinggi dr segi service. dLm msg kate dorg akan call within 2days.mmg jgn harap La.kite La kene caLL, dgr mesin tu m'bebeL, agak2 da spent RM3 slm bill utk dgr iklan br Leh ckp operator 2.

    BTW, Sya br foLLow sini. free,visit/foLLow Sya jugak ek~
    sya-orked.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..dah naik malas nak cal astro dan dah set no yang diorang selalu cal tanya dah bayar ke belum..lain kali tak nak angkat dah..kiki..oke aida folo back yer..

      Delete