728 x 90

Tuesday, January 22, 2013

Kerana lemang dan rendang


Assalamualaikum,

tiba-tiba teringat kes jumaat minggu lepas,
aida pergi pasar malam presint 2 dengan encik am.
tujuannya sebab nak beli sikit lagi barang basah dapur nak topup sebab
esoknya kakak abang dan ipar semua nak datang rumah kitorang.
so kena preparela ape yang patut.
memula ingat nak beli ketam tapi sekilo jer dah rm25. terus tak jadi. kedekut kan. hahaha.
yela, dah tengah bulan, beli ayam ikan udang sotong sudah. lenkali ye encik am.

dah abis beli barang basah, beli pulak buah-buahan. aida memang suka makan buah.
at least kat rumah tuh mesti ada satu dua buah. epal ke, pear ke, yang paling suka beli honeydew.
marveloss, sedap, do do do the dew. hehe.

then, baru kitorang carik makan malam kitorang. dah alang-alang datang pasar malam so
tak payahlah nak tunjuk rajin lagi nak masak kan. ngee. dasar bini rajin.
macam selalu kalau pergi pasar malam memang blur giler nak makan apa.
rase macam dah jemu jer. asik-asik bende yang sama.
sampai dua tiga puluh kali jugaklah tawaf. last-last give up.
memula encik am beli nasi kukus. pastu aida dah tak tahu dah nak makan apa.
sebelum tuh memang dah jeling dah lemang. baru nak panggil encik am die cakap. tak payah.
macam tau-tau je nak sebut lemang dan rendang tuh. mahai kata die.
yelah, dulu penah beli sekali, ketupat kecik adelah dalam 8ketoi dengan ayam rendang 2ketoi
harga berapa tau tak? rm15. glurrp telan air liur. tapi bayar jugaklah sebab dah mintak. he.
nasiblah rendang die sedap cuma berminyak banyak.
pastu round lagi sekali memang hati dah nekad dah nak beli lemang dengan rendang tuh,
mahal pon mahallah janji sedap.
last-last encik am cakap tak payahlah, beli bende lain. hoh. terus sentap.
memang sentap giler-giler sangat. terus jalan pergi belah tudung. encik am panggil pon dah tak dengar.
l last-last cakap nak balik.
encik am pujuk suruh beli jugak, tapi
hati dah tawar, dah jadi tak lalu makan.
tak tahu kenapa sebab tak dapat makan rendang tuh, memang merajuk gilerlah.
banyak kali encik am pujuk dah tak mau cakap.
balik rumah encik am ajak kongsi nasi kukus dia pon buat tak tahu jer.

padahnya, malam itu, tak malam apa-apa, dan tidur dalam kelaparan. hahaha.

kesimpulan: jangan nak mengada-ngada sentap sebab bende-bende kecik macamnih, last-last sapa yang rugi. diri sendiri jugak.
xoxo.


2 comments: