728 x 90

Friday, November 30, 2012

Redha itu Ikhlas



Hari ini takde entry nak tulis, cume bila terbaca ni rasa ingin dikongsi. Artikel dari iluvislam. Enjoy read.

Firman Allah yang bermaksud: "Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya." - (Surah al-Mulk, ayat 1-2) .

Menyingkap maksud firman Allah itu, manusia sentiasa akan diuji dengan kebaikan dan kesulitan. Segala perkara atau peristiwa berlaku dengan izin dan kehendak Allah.Bagi Allah segala-galanya adalah kebaikan untuk hamba-Nya. Penerimaan manusia boleh jadi berbeza sama ada perkara itu baik atau buruk kecuali orang mukmin yang memiliki keimanan sebenar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Allah sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah ia bersabar." - (Maksud al-Hadis)

Setiap detik kehidupan kita perlu meyakini bahawa kita berada dalam ujian Allah sehingga roh bercerai daripada badan. Firman Allah yang bermaksud:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu. Dan sesungguhnya kami sudah menguji orang sebelum kamu maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta." (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)


Segala penentuan Allah diterima dengan persepsi berbeza antara satu sama lain. Perbezaan sudut pandang ini bergantung kepada beberapa perkara seperti ilmu, keimanan, amalan dan ketakwaan seseorang. Orang beriman sentiasa reda dan menerima segala ketentuan dengan hati tenang kerana mereka berfikir secara positif, mencari hikmah di sebalik setiap peristiwa.Setiap insan sentiasa mengharapkan kedamaian dan ketenangan hidup, bahkan manusia menginginkan kesenangan itu berpanjangan. Realiti kehidupan tidak selalu begitu kerana langit tidak selalunya cerah.Panduan berikut boleh dijadikan pedoman untuk mendidik diri menerima sesuatu peristiwa baik atau buruk dengan penuh keredaan. Dengannya kita akan berasa tenang dalam menerima sesuatu dengan rela hati :

Bersyukur kepada Allah dan Membilang Nikmat-NyaKita beriman bahawa Allah tetap memberi nikmat di dunia kepada semua hamba-Nya. Apabila kita mendapat nikmat-Nya kita bersyukur dan mengiktiraf nikmat itu supaya tidak lupa jasa Allah.Firman Allah yang bermaksud: "Allah sudah menyempurnakan nikmat-Nya kepada kalian baik yang zahir mahupun yang batin." - (Surah Luqman, ayat 20)Allah berfirman yang bermaksud: "Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya." - (Surah Ibrahim, ayat 34)Nabi Sulaiman yang dikurniakan kerajaan dan kekayaan berkata: "Ini termasuk dalam kurnia Tuhanmu untuk menguji aku adakah aku bersyukur atau kufur nikmat." - (Surah an-Namlu, ayat 20) . Syukur bukan setakat mengucapkannya tetapi kita perlu zahirkan kelakuan orang yang bersyukur dalam bentuk perbuatan. Contohnya, apabila seseorang itu mendapat keuntungan daripada perniagaan diusahakannya, dia akan dibelanjakan ke jalan halal dengan ikhlas.

Musibah Menghapuskan Dosa

Kita menerima musibah dengan positif untuk menyedarkan kita supaya menilai kembali tingkah laku. Sebagai manusia, kita tidak sunyi daripada melakukan dosa. Musibah dapat melenyapkan dosa yang dilakukan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya." - (Maksud al-Hadis)

Bersabar Tanda Kemenangan

Allah mendidik kita supaya menerima sesuatu dengan reda dan sabar kerana Allah bersama dengan orang yang sabar. Orang yang bersabar akan mendapat kemenangan di dunia dan syurga di akhirat. Firman Allah yang bermaksud:"Dan supaya kamu jangan terlalu berduka cita terhadap apa yang hilang daripada kamu dan janganlah kamu terlalu gembira apabila mendapat sesuatu nikmat." - (Surah al-Hadid, ayat 23)

Berdoa dan Memohon Pertolongan Hanya Kepada Allah

Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, yakin dan kenalilah Allah ketika senang nescaya Allah akan mengenali kita ketika susah. Berdoa dengan khusyuk dan jadikan berdoa para nabi sebagai panduan. Bayangkan bagaimana pasrah dan khusyuk nabi berdoa dalam keadaan genting.Kita juga tahu Allah memakbulkan doa mereka. Nabi Ibrahim berdoa memohon pertolongan Allah ketika dibakar dalam unggun api yang marak menyala, Nabi Muhammad ketika perang Badar dan Nabi Musa yang cemas ketika di kepung Firaun di Laut Merah dan saat kegelapan Nabi Yunus dalam perut ikan.

Membaca al-Quran

Al-Quran adalah kitab rujukan utama kepada setiap mukmin yang cemerlang. Kitab ini perlu dibaca dan difahami maksudnya setiap hari dengan tujuan melembutkan hati serta mendidik jiwa supaya istiqamah dalam amalan yang baik.Allah sentiasa mengingatkan supaya mengambil pendekatan sederhana kerana keluh kesah akan menambah lagi musibah. Apabila menerima sesuatu musibah, kita zahirkan rasa syukur dengan membandingkan musibah lebih besar atau membandingkan musibah dihadapi orang lain.Mengambil pelajaran dan melihat sesuatu hikmah dalam setiap perkara akan melahirkan insan yang celik perasaan serta mampu mengharungi hidup yang penuh pancaroba.



layan muka redho..haha..


bye...


Tuesday, November 27, 2012

Nafsu dan kesimpulannya


Assalamualaikum,

weehee, bertemu kembali. pagi-pagi cenggini semangat sikit nak taip entry bagai. memandangkan hati bagai disogok bantal, apende aku cakap nih, bukan bukan, hati yang tengah bergelora nih, sebab apa tau, tengah eksited termakan pujuk rayu kak ijan untuk travel ke korea tahun depan. walaweh, teruja, teruja! buat muka orang jakunnnnn...xoxo

takpelah, pasal nak travel tuh kalu bujang takde halla. problemnya dah kawen. hihi, ape-ape pon kena mintak izin suami tercinta. kitew kan isteri solehah, ahak. amin. ate, balik nanti berbawaklah berbincang dengan encik am. huhu. pujuk sampai muleh. bila fikir-fikir nak pegi travel ni, salah satu yang bermain di kotak fikiran aku adalah money. duit tambang, penginapan, makan, bajet shopin and etc semua tuh harus dititikberatkan. ayat tak boleh blah. so, pendekatan utama yang harus dimulakan ialah dengan menabung.
berangan. padahal tak tahu lagi boleh pergi ke tak. encik suami ijin ke tak. feasibilities yang lain tak tahu lagi. kot kot la term*******g. hehe. amin. yang tu memang lagi nikmat.

okey, lagi sekali nak ditekankan. ape-ape pon kena MENABUNG. ye adik-adik, me na buuuung. problemnya sekarang, duit salary aku banyak dihabiskan untuk bende makan. ayoook, bende makan. woooo, makan makan makan. every weeks, mesti MCd, kepsi, pizza, dominos, secret recipes, febret aku epal besar, tu tak termasuk lagi jajan-jajan kecik, frozen fod yang penuh dalam freeze kat umah tuh. haiyoo. for uolls information, berat aku memang naik dengan mendadaknya sekali. dari angka 5 sekarang sudah menginjak 6 woi. tak yah arr nak state kat sini bape kan. ekceli memang memalukan. bikin malu bikin malu sambil menampar perut. bukan aku sahaja, kesian laki aku yang menjadi mangsa aku. huhuhu. aku semakin comel di mata manusia. uwwwaarghh. satu proses menjaga badan dengan jayanya. siot jer.

Jadi mulai hari itu, aku telah berjanji pada diri yang akan mengurangkan makan. fast fod ke cekedis ke jajan ke kena kurangkan. semua tu NAFSU. ape naf suuu. hmmm, duit yang daripada beli semua bende tuh, lebih baik saving dan boleh buat macam-maam dengan duit tuh. BAEK!

MENABUNG AMALAN YANG MULIA.

Enjoy pic makan-makan kitorang. hehe.

leko-leko dan snogurt belum masuk tutty frutti febret aku tuh

berbueno memang hobi lar tak leh kata apa

yang ni bila mai musim dia memang seminggu makan pon tak pa

meatball berkala pasai kalau nak makan kena pi ikea, jauh seh

mengadap sorang-sorang pon boleh, kedemut maa.

yang ni feberet encik am ku sayang

sambil tengok bola layan a&w..terbaek..

tak kira hujan panas demam ke tak semua aku bedal

hehe, mengidam kott..nikmat

lagi satu problemnya kitorang suke mencuba semua restoran yang ada kat mesia nih
ate mane tak chomellll kan

gini la hasilnya gambar terbaru
pipi bulat-bulat

encik am pon semakin segar bugar kan 

tak boleh blah mengidam popcorn dan coolblog
sanggup pergi tgv semata-mata nak beli popcorn saiz besar 
nak melantak sambil tengok bola mesia lawan singapor.
mesia kalah. damn shit!


p/s: lenkali jangan kuar berjalan, duit tak habis, takdelah ter teringin makan bagai ye tak?



Tuesday, November 20, 2012

2D1N Gold Coast

Assalamualaikum,

okey, arini sempat transfer gambar dalam pc gedabak nih dan bolehla story pasal pergi gold coast aritu meh. lai lai. jauh tu aida dengan encik am travel. gold coast nun jauh di morib. ahaha, mesti bajet aida pergi ostolia kan. adeh, sambil tepuk dahi, mane mampu nak pergi. kena saving cukup-cukup dulu, buat kira-kira tambah tolak darab bahagi baru boleh pergi. takpe yang tu next time kite fikir. ni nak fikir ayat nak buat entry nih dulu. hokey.

seperti yang dijanjikan, aida nak story experience gi morib nih. ekceli sebab dah lama tak pergi bercuti teringin sangat nak pergi tido kat tempat lain selain rumah sendiri dan rumah mak. asalnya plan nak pergi Afamosa resort. tapi disebabkan beberapa kekangan, program telah bertukar ke gold coast morib. ini pon sebab termakan pujuk rayu mydeals. ahaha. boleh? nak buat macam mana kalau dah terbeli kan. dah tertekan. sape suruh ko tekan?

jadi alkisahnya semua bermula disini. boleh tak bagi gambar je yang bercerita. malash nak tahipla..ngee.


welcome to Gold Coast Morib Resort

Bilik 1409 
sayangnya tak dapat bilik yang facing theme park. wuuuu wuuu..
siap turun balik pergi kaunter mintak tukar tau..last-last bilik dah full..
memang ramai giler lah orang, kan dah start cuti sekolah.

bilik yang luas dan comfortable la jugak..standardla dengan harga yang kitorang bayar kan an an.
cuma spoil lagi dapat katil double single. uuwwaa nak tido dengan laki aku. 
alih-alih malam tuh kitorang rapatkan katil, jadilah katil kingggg. 
ate, dengar bilik lain pon dok bertolak tarik katil. masing-masing tergelak. 

setelah disepahkan dengan jayanya. 

sebelum diporak perandakan dan diterbalikkan.
masih terfikir-fikir apa mesej yang ingin disampaikan oleh gambar yang tergantung tuh. 


toilet pon bersih dan luas.

yang paling besh sesangat ada jakuzi weh.
ahaha teringat mase stay kat water legend chalet dulu yang sekarang dah tukar nama lexis.
memang best sebab kitew kan jakunnn. ye r umah kitew manew adew mendew niww. 
bercakap sambil kedua-dua jari telunjuk didekatkan dan memandang ke bawah.


view dari bilik yang mengadap hutan hujan tropika. shejukk yang amat.
kihkihkih..nasibla dapat bilik nih.

dari jauh nampak gak pantai, tapi tak boleh mandi. tinguk aje.

sweet chair nih. nak beromantika chit chat dengan hubby pon boleh. 

dinner open nak kat dalam atau kat luar. sukahati korangla.

posing dulu seketoi lepas perut dah penuh dengan 4kali trip usung pinggan. ahaha.

the pier ni korang tak payah pergila pasai kalau nak minum beer baru korang pergi.
wey, aku tak galak r, aku cakap untuk non muslim hokey. satgi salah tafsir kang tak pasal-pasal aku yang bersalah. oh no no no. no free seating plak tuh. nak jalan-jalan siang-siang. cantik tempat nih.

buhla jugak encik am seketoi kat sini. satgi merajuk pulak takde gambar. 
lengkap berpakaian nak joging. malangnya takde tempat yang sesuai nak berjoging.
last-last balik bilik tukar pergi terjun kolam. terbaeeekkkk.

ramaikan orang. ni baru sebahagian belum tengok lagi sebahagian.

budak-budaklah yang paling seronok sekali.

bestnyer kalau dapat bilik belah sini kan. boleh snap dan skodeng dari bilik jer. ahak. 

nampak tak life guard yang steady and sempoi jer. ramai pulak tuh.
jadi kalau yang bawak anak-anak jangan risau yer. tapi kena jaga jugak anak masing-masing.

ade pistol air lagi, sian hubby kena tembak dengan diorang. hehe.

tengok encik am seronok kemain. mentang-mentang pandai swim.
i tak reti bukan tak pandai hokey. jangan risau, i dah beli swimming suits tau. 
sanggup dari morib terbang ke port dickson semata-mata nak beli baju tu tauuuu.
kalau tak pergi kelas swim jugak tak tahula. 

ade bende ni.

ni lagi.

ni jugak..(dah start malas nak menaip)

tahu tak punyalah semangat nak main benda ni last-last
hanya yang pakai swimming suit lengkap je boleh main. 
encik am jela yang dapat main. frust sangat.

last-last merajuk terjun kolam yang bawah ni cetek sikit.
sesuailah dengan budak baru belajar nih. 

budak-budak lagi pandai swim. me?

pakaian untuk masuk taman tema ni bebas tapi untuk main permainan perlu pakaian yang betul.
apepon peraturan yang ditetapkanlah ianya adalah untuk tujuan keselamatan juga. 


Friday, November 16, 2012

Sepetang diatas Cruise Tasik Putrajaya


Pagi jumaat ni, macam biasa datang keje kepala weng fikir esok cuti. memandangkan cip aka f38 tak datang membuat keje bersama, jadi iolls amik kesempatan ini mengupdate belog. bijak bijak.
ingat nak share story pasal pergi bercuti dekat gold coast haritu tapi camera lupa bawak. jadik tak boleh nak upload gambarnya. entry tanpa gambar memang membosankan kan?

okey, berbalik kepada tajuk. semalam my brother and sister in law datang melawat aida dan encik am. yela, dari kawen sampai sekarang baru sampai. kononnya jauhla, tak tahu jalan la, encik am dah lupa jalan rumah mereka la. aslasan betol ye abang besar. hehe. nah, maka hari selasa haritu kitorang menjalankan lawatan pembersihan tapak dirumah mereka di mana kitorang pergi mengemaskan bilik encik am yang dah ditinggalkan usang berbulan-bulan dan hampir bersarang labah-labah dan unta. uik ade kena mengena ke? banyak lagi barang encik am yang belum diangkut pindah. encik am malas nak pergi katanya. teruk ini budak. justeru, abang besar pulak meluangkan masa melawat kami pulak di hari khamis yang mulia bersempena awal muharam semalam. tet.

rabu lepas aida telah memontengkan diri dari keje sebab, sebab malas yang amat giler. haa, ade tak orang yang lagi malas dari nih? boleh dah bangun pagi solat iron baju bagai last-last hantar encik am depan pintu terus sambung tidur. konon nak masuk lewat sikit keje, ate atas katil sepagi itu. king * sambil kenyit mata.
jadi masa yang ada terbuang begitu saja sampailah tengah ari aida keluar pergi rumah kak lin officemate untuk menghantar tudung dan terus pergi ke pasar, sebelah rumah kak lin aje. subjek utama mencari barang-barang basah untuk dimasak esoknya. wink** wink **

khamis, pagi-pagi lagi kami laki bini sibuk didapur. almaklumla ade tetamu nak datang. macam tula kami kalau ade tetamu nak datang. sungguh bizi didapur memastikan yang terbaik from my kitchen. mana taknya sesama layan masterchef sesama la perasan. lucky encik am pandai masak. jadi kami agih-agihkan menu sorang sikit. terbaek. thumbs up!

tengah hari sampailah abang besar, kak arah, princess dan askar. ahaha. dua orang anak buah ini cukup riuh rumah dibuatnya. menu kami daging gorang dan air asam, sotong goreng kunyit, ini air tangan encik am dan ayam masak kicap beserta sayur campur, aha yang ini saya punya resipi. gambar lupe snap. hmmm :(

lepas asar kitorang pon berangkat keluar jenjalan naik exora bold. hehe. tujuan kami yang satu nak naik kapal cruise. bayangkan dah dua tahun lebih dok putrajaya, inilah first time kami naik cruise boat ni. haha.
kampungla sesangat. tak tak sebenar takdela perasaan sangat cuma bila sanak saudara anak beranak datang tempat-tempat macam nila yang kami tuju. tiket semua encik am yang beli. kalau nak tahu lebih lanjut pasal cruise tasik putrajaya ni boleh klik sini.

budak yang nak berkepi je dengan acu ni namanya sha

alalala dah macam anak banak happy family dah

budak 5tahun 

yang ini sya yang snap
bawak eos tapi harem bateri abes da..
bayar mahal-mahal dapat air jek.

tengok budak ammar tu mulut becok tau
cakap tak henti-henti tak penat ke mar?

encik am pon layankan aje anak buah nye tuh
tengok peace die macam mana heh..1 malaysia
mak bapak budak tak berani naik atas feri..adoii

Perjalanan di atas cruise selama 45 minit. memang bestla sebab tak pernah naik. kena angin petang memang syok woo. berbaloi la kalau naik cruise dapat naik atas macam ni. ala ala honeymoon atas kapal cruise arrr.



Thursday, November 8, 2012

Orang tua memang macam tu kan


hehe..
belum apa-apa dah gelak. jahat kan.
bukan apa tiba-tiba teringat dekat mak dengan arwah tok.

mana taknya, nama encik am saya dari khairil amry jadi?

kalau mak, mana nazri tuh? dah makan ke sobri?
kalau arwah tok pulak, ramli tak datang ke?
aduyai...
dari nama sedap-sedap abah kasik, khairil amry jadi nama kampung pulak.
ahak sukahati je kampung, marah pulak orang yang nama-nama diatas. maap.
okelah, nama tak moden. ngee.

orang tua-tua memang macam tu kan? susah nak sebut nama-nama moden ni.
kalu ramlee ke sudin ke ajis ke mesti senang diorang nak ingat kan.

pernah mak termalu mase majlis merisik aida dulu.
mak cakap "dah lame dah siti(mak panggil i siti okeh) dengan nazri tu berkawan".
abah menyampuk "nama anak saya amry, bukan nazri".
hehehehe..
abis semua gelak.

ape-ape jelah. yang penting nazri ke sobri ke ramli ke tetap orang yang sama yer. im not playgirl okeh!